jump to navigation

4.5 si dunia (takut dan sedih) October 8, 2008

Posted by abuabubakr in 4. s i d u n i a.
1 comment so far

Manusia menderita dua penyakit kronik, iaitu takut dan sedih. Jika engkau selidiki setiap penyakit yang ditemui di atas muka bumi ini, engkau akan dapati semuanya mendasar dari dua penyakit ini, iaitu taku dan sedih. Dua penyakit inilah puncanya. Punca segala penyakit. Saya tidak maksudkan penyakit fizikal. Tetapi yang saya maksudkan adalah semua penyakit rohani, penyakit hati, kekerasan jiwa, penyakit-penyakit masyakarat yang menghuru-harakan kehidupan manusia. Ia malah lebih teruk lagi daripada penyakit fizikal. Malah sesetengah penyakit fizikal itupon mendasar dari dua penyakit ini. Takut. Takut kepada perkara yang belum berlaku. Sedih pada perkara yang telah berlalu. Lihat sahaja di Jepun, ramai yang menghidap penyakit berkaitan jantung, darah tinggi akibat tekanan kerja. Semuanya ini berpunca takutkan masa depan, takutkan kemiskinan, takut dibuang kerja dsb. Sedih pula sering membawa kepada putus harap, gila dsb.

 

Manusia jadi bingung disebabkan dua perkara ini. Takut kalau-kalau masa depannya tak terjamin, takut miskin, takut kalau-kalau tidak mempunyai kerja, takut kalau-kalau tidak (atau lambat) berkahwin, takut memiliki anak kerana memikirkan tanggungan itu, kalau-kalau ia akan membebankan, kalau-kalau ia akan membawa sial. Takut menukar kehidupan daripada jahiliyyah yang sempit kepada dunia kebenaran yang luas dan lapang. Walaupon setelah jelas kebenaran itu datang kepadanya.

 

Setelah memiliki kerja, takut pula dibuang kerja. Setelah mendapat biasiswa, takut pula ditarik biasiswanya, setelah berkuasa takut pula hilang kuasa. Begitulah seadanya manusia, setelah takutkan itu, takutkan ini pula. Sehingga takut itu membesar dalam pemikiran mereka, dan menjadi satu dasar pendirian dalam hidup mereka. Hidup berlandaskan rasa takut. Takut diperkatakan orang, takut itu dan ini. Sehingalah takut itu sendiri memotivasikan diri mereka, untuk menghilangkan rasa takut itu dengan cara dan sangkaan mereka. Lakukanlah apa sahaja asalakan kau dapat kerja, asalakan kau tak hilang kuasamu, asalkan kau punyai life, asalkan kau tidak diperkatakan orang.

 

Manusia itu dilahirkan dengan perasaan takut, tetapi bukan itu tempatnya..

 

Sedih. Sedih pada perkara silam. Sedih kerana perkara yang ditakutkan tadi itu banar-benar terjadi. Sesungguhnya ia pasti akan terjadi samada kau takutkan ia atau atau kau sedihkannya. Sesungguhnya pena telah terangkat dan dakwat telah pon kering (hadith ke-19 daripada hadith 40).

 

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (di luh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. (al-Hadid, 57 : 22)

 

Sedih pada kehilangan, sedih kerana tertinggal keretapi, tidak lulus perperiksaan, putus cinta, kehilangan harta, kehilangan kuasa dan sebagainya. Seolah-olah ia berada di penghujung dunia. Seolah-olah dunia akan kiamat dengan kehilangan itu. Sehingga sedih itu mempermain-mainkannya, sehingga sedih itu sentiasa berlegar di kotak fikirannya. Sehingga tidak boleh ia menerima sesuatu perkara yang telah berlaku itu. Seakan-akan perkara yang berlalu itu boleh kembali dan diperbetulkan. Sedangkan apa-apa yang hilang dari dirimu itu urusan Tuhanmu.

 

Tidak sedar olehnya itulah qadar (ketentuan) Allah. Itulah kehendak Allah. Itulah sususan yang disusun Sang Pencipta yang berkehendak.

 

Meskipun demikian …

 

Diantara manusia ada yang berhasil mengeluarkan diri daripada dua penyakit ini. Hidupnya tenteram dan setiap langkahnya damai. Ketakutannya adalah pada hari akhirat dan kemurkaan Allah, kesedihannya adalah pada setiap dosa dalam muhasabah amal memperbaiki diri saban hari. Semuanya itu diberi pahala (insyaAllah) dalam menuju Tuhannya. Dan hidupnya gembira dengan harapan serta janji dari Allah dan rasulNya. Mereka itulah yang sering disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran, “tiada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati”.

 

Mereka itu diri yang sedar tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi ini, sepertimana dibebankan ke atas bapa dan ibu mereka (Adam dan Hawa). Dan mengikuti dengan bersungguh-sungguh petunjuk Allah, setelah ia datang kepadanya (tddr 2 : 38)

 

Mereka itu diri dari setiap golongan, tidak kira bangsa dan keturunan, yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mengerjakan kebajikan.. beriman dan bekerja. Mereka mendapat pahala dari Tuhan mereka, Allah tiada Tuhan melainkan Dia. (tddr 2 : 62)

 

Mereka itu diri yang tiada lain bagi mereka di dunia ini. Tiadalah bagi mereka sebarang kepentingan. Diri yang menyerahkan bulat-bulat dirinya kepada Allah, dan berbuat baik. Diri yang menurut apa sahaja arahan dari Tuhannya yang disampaikan melalui nabi saw. (tddr 2 : 112)

 

Diantara mereka ada yang dikurniakan Allah dengan harta. Dan mereka menginfakkan harta mereka di Jalan Allah. Dengan ikhlas. Tidak pula mereka iringi dengan menyebut-nyebutnya, atau dengan sebarang perkataan yang menyakitkan hati (si penerima). (tddr 2 : 262)

 

Mereka itu diri yang menginfakkan harta secara sembunyi di malam dan siang hari. Biarlah, ia menjadi rahsia diantara dia dan Tuhannya. Biarlah hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya. Ia menjadi rahsia buat tanoshimi yang akan dibongkarkan pada hari pengadilan kelak. Ada juga diantara mereka yang menginfakkannya di siang dan malam hari secara terang-terangan, tetapi Allah mengetahui, hati mereka ikhlas, niat mereka supaya sunnah itu dapat diikuti orang ramai yang melihatnya. Mereka juga mendapat pahala dari sisi Tuhan meraka (tddr 2 : 274)

 

Meraka itu diri yang beriman kepada setiap yang diturun dan ditetapkan oleh Allah, walaupon perkara itu tidak logik dek akal, dan menjadi sesuatu yang bertentangan dengan amalan masyarakatnya. Namun mereka tetap mengerjakan perkara yang ditakrifkan sebagai ‘kebajikan’ oleh Tuhan itu, kerana Dialah pencipta dan penjaga seluruh alam ini. Kerana Dia sahajalah yang mengetahui seluruh rahsia dan hikmahnya. Diri yang hina ini cukup dengan hanya mengimani, walaupon nampak jelek di mata manusia lain. Mereka melaksanakan solat mendekatkan diri kepada Tuhan yang mereka imani, menunaikan zakat membersihkan harta mereka. Dan mereka juga turut mendapat pahala dari sisi Tuhan mereka. (tddr 2 : 277)

 

Mereka itu para pejuang jihad. Singa-singa Allah yang menjaga agama demi Tuhannya. Diantara mereka ada yang berhasil dianugerahkan bintang ‘syahid’, yang lainnya masih setia menunggu-nunggu anugerah itu. (tddr 3 : 170)

 

Mereka itu yang beriman dan bekerja dengan amal soleh. Tidak kira dari mana asal usul mereka, tidak kira apa jua latar belakang mereka. Tinggalkan semua itu, teruslah mereka menuju kepada iman dan amal soleh. (tddr 5 : 69)

 

Tidak cukup dengan itu, mereka adalah golongan yang beriman dengan para utusan dari langit. Setiap berita yang mereka kabarkan. Biarpun orang lain mendustakannya. Mereka tetap membenarkan. Itu berita gembira, mahupon amaran dari langit. Itulah iman. Yang mendasar dalam hati mereka. Mereka sedar, setiap yang batil di dunia ini harus diperbaiki, syariat perlu ditegakkan, dan mereka berada dalam golongan yang bekerja untuk tujuan itu. (tddr 6 : 48)

 

Sekali lagi Allah meneggaskan, mereka itu beriman dengan berita-berita dari langit. Dan mengadakan islah memperbaiki isi dunia ini. Mengembalikan ruh dan hak dunia ini seperti yang sebetulnya. (tddr 7 :35 )

 

Mereka itu para wali. Yang sentiasa merasakan kebersamaan Tuhan mereka. Maka apa lagi yang mereka takuti? segala kuasa terasa kecil bagi mereka, kerana yakin Allah bersama mereka. (tddr 10 : 61)

 

Maka Allah beri jaminan kepada mereka, dan tiadalah ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

 

waAllahua’alam

 

notes : tddr = tadabbur dari ayat

2.5 jalan kita sama (jalan kita sama) October 5, 2008

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.
add a comment

Bismillahirahmanirahim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah ‘the night’ atau ‘al-layl’.

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan.” (al-Layl 1-3).

Teringat satu ketita, tatkala saya keluar bersama zaujati di waktu malam. Sambil memerhatikan langit yang hitam dihiasi bintang.

“langit ni .. macam satu beg plastik yg menyelubungi bumi. Ade koyak-koyak (bintang yang menyinari) .. kan bang?”

sodaqaAllahul ‘azim. Malam itu memang menyelubungi bumi. Sebagai satu miracle dan tanda bagi orang yang berfikir.

Allah (Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini) bersumpah dengan miracle-miracle ini.. untuk menarik perhatian manusia, ada perkara yang penting akan kau dengari selepas ini.

Perkara yang sering kau perdebatkan dalam perbincanganmu, perkara yang sering menjadi isu hangat di forum-forum di laman web yang melata ke seluruh pelusuk dunia, perkara yang sering kau confusekan, perkara yang lebih kau sukai berbincang mengenainya dari membersihkan dirimu (tazkiyatun nafs), dari berusaha mendekatkan diri kepada Tuhanmu (Taqarrub illaAllah), dari berusaha mengenal Allah (ma’rifatullah), Sang Rabbul’alamin.

Surah inilah jawapannya. Surah inilah penentunya. Jawapan dan penentu kepada persoalan-persoalan. mana satu ni? Betul ke tak betul? Ape bezanya? Boleh ke ade macam ni? Yang sering kau debatkan dengan panjang lebar untuk menentukan mana satukah yang betul. Sedang Tuhanmu telah pon memutuskannya, telah pon menetapkan jawapannya.

Persoalan tentang apa? Ya. Tentang “j e m a a h”. (bukankah kau sangat suka mendebatkannya?)

Sedang kau abaikan keputusan Tuhanmu..

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal kamu bermacam-macam.” (al-Layl 1-4)

Tujuan Allah bersumpah dengan malam dan siang. Lelaki dan perempuan yang berbentuk complementary (saling melengkapi) adalah untuk menerangkan kepada kamu wahai manusia.. sesungguhnya amal kamu bermacam-macam. Usaha kamu berlainan dari segi hakikatnya, dari segi motifnya, dari segi arah tujuannya, dan dari segi hasilnya. Manusia di bumi ini berlainan dan tidak sama dari segi tabiat dan kecenderungan, dari segi fikiran dan minat. Semuanya masing-masing dan berbeza. Setiap orang merupakan dunia yang tersendiri yang hidup dalam planet yang tersendiri.

Ini merupakan satu hakikat, tetapi di sana ada lagi satu hakikat yang lain iaitu hakikat umum yang merangkul seluruh manusia dengan alam mereka yang berlainan itu. Di mana seluruh manusia yang berlainan tadi dikumpulkan dalam dua barisan yang mempunyai panji masing-masing.

Iaitu golongan pertama ;

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 5-6)

Dan golongan yang kedua ;

Adapon orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup. Dan tidak percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 8-9)

Inilah dua barisan, yang menjadi tempat pertemuan berbagai-bagai jiwa dan usaha, berbagai-bagai cara-hidup dan berbagai-bagai matlamatnya. Masing-masing mempunyai jalan sendiri dan masing-masing mempunyai kemudahannya.

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan (al-Layl 5-7) (dari fizilalil quran)

Pokoknya adalah bekorban (memberi) dan bertaqwa. Serta berpegang teguh dengan aqidah yang paling indah. Iaitu aqidah Islam. Setelah ia telah bekorban, bertaqwa dan tsabat (tetap teguh) di jalanNya, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju kesenangan, jalan yang diimpikan setiap manusia. Kesenagan. Sesiapa yang Allah berikan kesenagan, maka sangat tenteramlah hidup dan setiap langkahnya. (ringkasan dari fizilalil quran)

Itulah keputusan Tuhanmu, yang tidak perlu kau perdebatkan lagi, Allah mahukan usaha dan pengorbananmu. Yang Allah sangat mengetahui, ianya bermacam-macam. Itulah penetapannya yang tak perlu kau confusekan lagi. Allah inginkan kau memberi dan bertaqwa, serta berpegang pada aqidah yang paling indah ini. Biar di manapon kau berada. insyaAllah jalan kita tetap sama. insyaAllah kita berada di bawah satu panji. Satu barisan manusia yang Allah rangkumkan, iaitu golongan orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Maka kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan.

Adapun sikap dan pendirian kita terhdp semua pertubuhan islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran2 yang berlainan supaya dapat pertolongan utk dapat kebenaran di bawah lindungan bertolongan dan kasih sayang, kita jgn dipisahjauhkan oleh pendapat feqah atau masalah perbezaan mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini adalah mudah, tiada yang siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui cara yang mudah yang dapat diterima akal. Kita yakin sesungguhnya suatu hari kelak akan gugur nama2 atau gelaran2 yang membezakan antara satu jemaah dgn satu jemaah orang islam, akan digantikan tempatnya oleh kesatuan kerja menyatukan barisan2 angkatan pengikut Nabi s.a.w. Tidak ada selain dari saudara2 muslim yang bekerja kuat utk agama dan berjuang utk agama Allah.

2.4 jalan kita sama (Densya hidupku; Ramadhan dua benua) September 28, 2008

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a, Uncategorized.
add a comment

Densya hidupku…(1.1 Eki Ramadhan )

Berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui sekiranya (yg kamu serukan kpd mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bagi mereka…

(at Taubah : 41-42)

Andai jalan dakwah & tarbiah itu mudah, ditaburi bunga dan sorakan ramai, nescaya ramai yang menyusurinya, namun jalan itu tidak mudah. Jalan yang penuh ujian, mehnah dan fitnah. Namun itulah jalan yang paling selamat menuju kepada Allah, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang pernah dilalui rasulullah saw, malah jalan yang sama dilalui semua para rasul, mu’minin dan mu’minat….

Eki 1

Ramadhan kali ramadhan amat berlainan dgn ramadhan2 yg pernah ku sambut 5 tahun yang lepas. Sesungguhnya Allah itu Maha Menurunkan hambaNya pada tempat yg dikehendakiNya…kerana Allah itu Maha Mentaqdirkan sesuatu.

Salthill, Galway, Ireland

Aku merindui saat2 berpuasa di Galway, Ireland. Ramadhannya disambut meriah, bulan rahmah, maghfirah dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Hampir setiap insan muslim di Galway,(populasinya kecil ~120org) merasakan ‘hidup’nya ramadhan. Baik mereka berada dalam lingkugan tarbiah, mahupun tidak, baik yang sedia bertudung mahupun tidak, baik yang solatnya ‘cukup2′ syarat, mahupun tidak..semuanya merasakan ‘karamah’nya bulan ramadhan. Ramai yang menghidupkan malam2 ramadhan dgn terawikh,baik di ‘community hall’ yg disewa sepanjang bulan ramadhan utk memuatkan para jemaah pelbagai bangsa yg tidak mampu ditampung masjid (read as : converted semi D house) mahupun di rumah2. Kelazimannya pelajar2 galway akan berkongsi rumah 4-5 orang serumah. Dan selalunya kedudukannya berhampiran. Antara satu sama lain, iaitu kawasan2 perumahan yang ’strategik’ berdekatan dgn UCHG (University College Hospital Galway ataupun dgn NUIG (National university or ireland galway).Andai malas ke community hall Mereka akn ‘gather’ & pakat 2-3 rumah utk solat terawih berjamaah bersama2. Mungkin meriahnya kerana saat itulah dpt tgk muka org2 lain (ie junior & seniors) berkongsi cerita dan lain2. Yg menariknya, tuan rumah pasti gembira menyediakan moreh utk terawih… Maka terkenallah individu tertentu dgn donat nyelah, donat sira pun ada, karipap sudah pasti, roti bom, puding roti ( bulan pose makan roti sgt..so berlebih …drpd buang, baik buat puding roti kismis -) ) dan macam2 juadah lagi…

Lagi perkara yang menarik, setiap rumah sedari minggu awal puasa akan memilih tarikh jemputan Iftar di kalangan jiran2 terdekat ( yelah kami dulu duduk selang 2-3 buah rumah je… Kalau x cukup garam ke, bawang ke… Jerit je pun bole dgr kot … Huhu) ramai2 ingin berkongsi pahala orang yg berpuasa.. Lagi2lah kalau sampai turn org yg x pose masak…bermacam2 menu la keluar..nasi kerabunya, Nasi tomato, nasi ayam lah.. Ayam percik lah… Huhu… Rindunya….

Pada saat ini jugalah… Buku ‘medic’ akan ditutup sedari waktu buka puasa sehingga selesai terawih…Ajaib kan? … Entah mengapa, tetapi ratanya2 tidak bimbang atau risau perihal test or exam sgt…At least after 8 rakaat terawih baru mereka start study balik…subhanallah , betapa Allah memberikan rahmahnya pada bulan ini.. Tiba2 iman setiap orang memacu tinggi… Pada bulan inilah solat maghrib akan start berjemaah… disambung dgn tadarus al quran. Community di galway ni unik. Setiap rumah akn diberi julat bacaan tertentu dlm alquran ( ie -al baqarah - half surah al imran) dan kemudian pada malam akhir ramadhan, akan ada majlis khatam quran beramai2 serta takbir raya.. ( indah nye saat itu…) Setelah tadarus di teruskan dgn solat isya’ dan seterusnya solat terawih…

Satu lagi kenangan indah di galway, ialah pabila ramai2 bergerak ke rumah yg tertentu atau community hall utk solat terawih dgn telekung2 putih mereka, maka terlihatlah berbondong2 kelibat putih dari kejauhan..huhu… Dilihat irish, pelik mereka.. Siapakah gadis2 kelubung putih ni? Berjalan beramai2 di kegelapan malam…huhuhu.. Silap haribulan, ade pulak yg lari ketakutan dok ingatkan jembalang manelah pulak… (tp so far x de pula org2 putih tu lari ketakutan… Hehee maybe mereka x tgk pun cerita2 hantu2, mistik, mengarut cam yang berlambak2 kat mesia sekarang nih… Huhu)

Begitulah setiap tahun… Ramadhan tidak pernah sunyi dari limpahan rahmatnya terhadap setiap insan, tidak kira dimanapun kita berada..

Eki 2

Kini aku ditakdirkan Allah di satu kawasan yang asing bagiku. Di bumi Allah, Di bumi matahari terbit. Di sebuah daerah Tokai, Hadano-Shi, Kanagawa… suburban Bandar Yokohama. Setelah dua minggu mulanya ramadhan ternyata suasananya berbeza. Tiada kemeriahan community seperti mana di kemeriahan malam malam ramadhan di Galway. Tiada iftar beramai2, terawikh berjamaah dan moreh mahupun tadarus.. Tiada communiti muslim yang meng’imarah’kan nya…

Ya ALLAH! Apakah aku yang tidak menghidupkannya,.. atau aku telah ‘ditinggalkan’ dari merasainya ? …Nauzubillah… Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu…

Namun, suasananya tidak aku nafikan berbeza andai berada dibandar besar yang berdekatan dgn masjid. Pasti ada saja tempat utk beriftar, I’tikaf dan terawikh. Seperti di sebuah masjid Otsuka, Tokyo yang pernah ku kunjungi dua kali bersama zauji tersayang.

Bumi jepun yang majoriti masyarakatnya atheis, tiada pegangan hidup .. malah hidup mereka di pandu oleh hawa nafsu mereka sendiri… andai lepa, nescaya kita terbawa2 dek budaya hedonisme mereka

Komuniti muslim di Tokai tidak seramai di Galway. Ratanya pelajar Tokai daigaku ( Tokai University) dan kebanyakannya adalah pelajar lelaki. Mungkin dalam ~ 20-30  orang … (tidak ramai???  ) dan pelajar perempuan dalam 4-5 orang. Belum sempat ku temui mereka kecuali seorang. Alhamdulillah, akhirnya ketemui juga seorang sister yang sefahaman dengan ku. Thank you Allah, for your blessings, memberiku erti nikmat manisnya ukhwah fillah…

Kini aku tidak lagi merasakan sunyinya Ramadhan kali ini. Malah Allah telah mengizinkan aku berada di kalangan orang2 Allah wajibkan kecintaanNya terhadap mereka saat aku berpeluang menghadiri Semarak Ramadhan di Asakusa Mosque, Tokyo.

Di sana aku mengenali lebih ramai sisters yang dari seluruh pelosok Tokyo,malah ada yang dari jauh, sejauh Yamanashi dan Gifu. Mereka hadir semata-mata mengimarahkan ramadhan ini dengan iftar jamaie, tahfiz-ton ( hafazan surah), tarawikh dan qiam.. subhanaAllah.. buat mereka, ketahuilah ,sesungguhnya Allah mewajibkan kecintaanNya atas kalian

Dari Abu Idris al Khawlani rahimalllah, katanya: Saya memasuki masjid Damsyik, tiba2 disitu ada seorg pemuda yg bercahaya giginya dan sekalian manusia bersertanya. Jikalau org2 itu berselisih mengnenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persolan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya. Kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan : ‘Ini adalah Muadz bin Jabal’. Setelah hari esoknya, saya datang pagi pagi sekali, lalu saya mendapati Muadz sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan salatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah depannya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata : ‘ Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah’. Ia berkata : ‘kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘Ya kerana Allah’. Ia berkata : ‘Kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘ Ya, kerana Allah’. Muadz lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata : ‘ Bergembiralah kamu, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah pernah bersabda: ‘ Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam hadis Qudsi : ‘Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk – duduk bersama kerana Aku, saling ziarah – menziarahi kerana Aku dan saling hadiah – menghadiahi kerana Aku’

- Hadis sahih oleh Imam Malik dalal Al Muwattho’ dgn isnadnya yang sahih-

Berada di masjid Asakusa, Tokyo bersama mereka, meyakinkan lagi diriku, yang aku tidak keseorangan di bumi asing ini. Masih ada lagi manusia manusia yang Allah limpahkan rahmat ramadhanNya kepada mereka. Masih ada lagi manusia manusia yang meng’imarah’kan ramadhanNya dengan tadarus, tilawah, hafazan, I’tikaf & qiamulail. Thank you Allah, kerana meletakkan aku dalam kalangan mereka.. sesungguhnya, tiada yang lebih aku harapkan dari Mu, melainkan keredhaan & kecintaanMu pada hambaMu yang hina ini…

-ummuzaid-

jalan kita sama (2.3 densya hidupku) September 23, 2008

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.
2 comments

Bismillahi rahmani rahim.

Saya amat tertarik dengan tulisan jepun yang dipaparkan tu. ‘hito’ = orang, manusia. Ia mempunyai dua baris tulisan yang mengertikan kepada saya, manusia itu tidak mampu untuk hidup seorang.

Daripada sunnah Rasulullahi sallaAllahu’alaihi wassalam, seletelah kematian khadijah pada bulan Ramadhan, beliau menikahi isteri ke-2 (Saudah binti Zam’ah) pada bulan Syawwal. Begitulah beliau yang menuturkan mutiara “perkahwinan adalah sunnahku” sallaAllahu’alaihi wassalam.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya baru sahaja dikurniakan Tuhan sekalian alam seorang daripada makhlukNya yang perempuan untuk menjadi zaujah (pasangan) saya.

Mengapa manusia perlu berkahwin?? Ok, there is no big deal.

Saya akan mengulas satu per satu (insyaAllah)

Muqaddimah 1. seorang yahudi pada zaman awal islam menyatakan, saya amat mencemburui kamu (umat islam). Kerana nabi kamu mengajarkan kamu setiap sudut dari kehidupan kamu daripada sekecil-kecil benda sehinggalah kepada sebesar-besar benda. [Nabi telah mengajarkan kepada kita dari cara menyucikan hadas, cara masuk ke tandas, cara makan, cara itu dan cara ini, sehinggalah Islam itu amat sempurna dan indah dipandang, bukan sahaja oleh umat islam (perhatikan ‘i’ tu huruf kecil), malah juga dari orang kafir]

Muqaddimah 2. Nabi telah berkata “perkahwinan itu melengkapkan separuh daripada deen (agama) kamu”.. bermakna.. ha pikirlah sendiri nyek.

Muqaddimah 3. salah seorang dari sahabat karib saya mengingatkan saya sesuatu. Ketika beliau membaca surah al-mukminun.. ketika itu, tersedarlah beliau, kalau tak kahwin tak lengkaplah sebagai mukmin nyek?? Tanya beliau kepada saya.. waAllahua’alam. Bagaimanapun, ada sahaja daripada ulama’ kita yang tidak berkahwin sehingga ke hujung hayatnya. Namun saya pasti ia bukanlah kerana sesuatu sebab, mungkin kerana sesuatu halangan.

Apa yang memotivasi atau menghalang anda untuk berkahwin??

Saya tidak pasti apakah yang memotivasikan manusia untuk berkahwin (selain daripada fitrah manusia yang suci itu sendiri perlu kepada perkahwinan dan selain daripada memenuhi deen nya.)

Tetapi apa yang menghalang anda untuk berkahwin..?

Harta?

Wahai saudara-saudara ku, sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah an-Nur 24:32 .. kahwinlah .. jika kamu miskin Allah akan kayakan kamu, sesungguhnya Allah itu waasi’ (maha luas kurniaNya) dan maha mengetahui.

Here is the very beautiful ending tuan-tuan, Allah menyatakan Allah itu maha mengetahui. So you.. (we) don’t know, we don’t know. cuma perlu lakukan apa yang Allah suruh and Allah will guarantee you.. (us). Kerana Allah juga waasi’(maha luas pemberianNya.)

Tak bersedia atau tak cukup ilmu??

Tuan-tuan yang memikirkan perkara ini, saya salute dengan tabik springgg.. tetapi hanya saja kalau setiap saat dalam kehidupan tuan-tuan itu dipenuhi dengan aktiviti menuntut ilmu untuk mempersediakan diri tuan-tuan. Kalau tidak, saya tarik balik lah tabik tadi tu.

Masalah tidak bersedia dari segi ilmu bukanlah satu halangan yang besar, unless you (means we) expect satu family yang sangat sangat hebat, ilmiyah, dsb. Kerana datangkan kepada saya satu hadith atau ayat quran yang menyatakan kalau tidak cukup ilmu tak boleh kawin .. (hehe .. pandai nye saya bercakap.)

Namun, buatlah persediaan.. semampunya.. Cuma engkau tidak akan menemui suatu masa yang engkau benar-benar bersedia..

manusia itu sangat dhoif. Kerana kelemahan itulah ia ditampung oleh orang lain.. seperti dalam tulisan kanji yang saya paparkan di atas.

Jangan lupa saudara-saudara ku, keluarga merupakan satu unit dalam masyarakat. Ingin membina sebuah masyarakat juga bermakna engkau bertanggungjawab untuk membina sebuah keluarga yang utuh, islamik dan diredhoi Allah.

Ya Allah rabbul ‘alamin, guide us. Ya Allah protect me and my family. Allahumma salli’ala Muhammad.

4.4 si dunia (selamat jalan balik kampong) August 5, 2008

Posted by abuabubakr in 4. s i d u n i a.
add a comment

Bismillahi rahmaani rahiim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah al-A’araaf 7 : 168-170

 

(168) Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). (169) Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: “Kami akan diberi ampun.” Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, yaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. Dan kampung akhirat itu lebih baik bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti? (170) Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Al Kitab (Taurat) serta mendirikan shalat, (akan diberi pahala) karena sesungguhnya Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengadakan perbaikan.

 

Beberapa penerangan yang cuba saya buka rujukannya dari serpihan-serpihan ulasan pakcik Syed Qutb (rahimallah), saya ketengahkan dalam tulisan ini (yang saya ringkaskan menurut maksud yang ingin saya lontarkan). Ianya adalah di bawah bab ujian dengan kebaikan dan keburukan. Katanya;

 

Maka diantara orang-orang yahudi setelah zaman nabi Musa ‘alaihissalam (insyaAllah relevannya adalah kepada kita, orang islam pada zaman ini) ada orang-orang yang saleh, dan ada pula yang tidak saleh. Perhatian Ilahi selalu mengiri mereka dengan ujian-ujian. Sekali tempo dengan kesenangan-kesenangan. Dan sekali tempo dengan kesusahan-kesusahan. Supaya mereka kembali ke jalan Tuhannya, kembali kepada kebenaran dan istiqamah di jalan yang lurus.

 

Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)

 

Pengiringan siri-siri ujian itu merupakan rahmat dari Allah kepada hamba-hambaNya, merupakan ‘alarm’ yang terus-menerus ‘snooze’nya kepada mereka, untuk menjaga mereka dari kelalaian yang dapat menghantar dan menghanyutkan mereka ke dalam keteperdayaan dan kebinasaan.

 

……

 

Dan kampung akhirat itu lebih baik bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti?

 

Ya, itulah negeri akhirat! Sesungguhnya timbangan dalam hati orang-orang yang bertaqwa itulah yang menjadikan berat daun timbangannya. Itu sahajalah yang dapat memelihara manusia dari fitnah (cubaan, ujian) kekayaan yang rendah nilainya dan cuma sebentar sahaja di dunia ini. Ya, pertimbangan akhirat inilah yang akan menjadikan baiknya hati dan (manfaatnya) kehidupan. Dengan memerhatikannya, jiwa dan kehidupan manusia menjadi lurus.

 

Itulah saudara-saudara, seputar ringkas kisah kehidupan dunia yang kecil dan sempit, yang penuh dengan ujian dan cubaan, yang dihiasi dengan indah oleh syaitan musuh manusia yang sudah nyata. Dunia yang sentiasa menggiurkan, sentiasa indah dan mempersona. Tetapi palsu dan memperdaya.

 

Itulah pula, kampong akhirat yang sentiasa pula dirasakan jauh dari realiti dan panjang penentiannya. Tidak Nampak di depan mata. Tetapi benar dan kekal, luas dan mendamaikan, dipenuhi keampuanan dari Tuhan dan nikmat-nikmat yang terus-terus menerus. Terus menerus sehingga tiadalah penghujungnya. Betapa indahnya.

 

waAllahua’alam …

4.3 si dunia (jgn jeles ye) August 3, 2008

Posted by abuabubakr in 4. s i d u n i a.
add a comment

Sifat cemburu mempunyai sejarahnya yang sangat panjang dalam perjalanan hidup manusia di atas muka bumi. Dan sejarahnya amat hitam, hitam lagi mengerikan. Saya tak pastilah, tapi setakat pengetahuan saya ia bermula dari kisah sons of adam, di mana dalam sebuah hadith disebutkan awwal, yang bererti anak-anak adam generasi awal. Seperti diriwayatkan oleh Ibnu Kathir (rahimahullah), di dalam kisah-kisah israiliat (Israelite), nama mereka disebut sebagai habil dan qabil. Kisah ini, walaupun tidak didetailkan nama mereka di dalam alQuran mahupun hadith sohih, dirakamkan di dalam surah al-Maaidah 5 : 27-31

27. Recite to them the truth of the story of the two sons of Adam. Behold! they each presented a sacrifice (to Allah). It was accepted from one, but not from the other. Said the latter: “I will sure to kill you.” “Surely,” said the former, “(Allah) accept only from al-muttaqiin (those who are righteous).

28. “If you stretch your hand against me, to kill me, I will not stretch my hand against you to kill you: for I do fear Allah, the lord of the worlds.

29. “For me, I intend to let you draw on yourself my sin as well as yours, for you will be among the companions of the hellfire, and that is the reward of those who do wrong.”

30. The (selfish) soul of the other led him to the murder of his brother: he murdered him, and became (himself) one of the losers.

31. Then Allah sent a raven, who scratched the ground, to show him how to hide the shame of his brother. “Woe is me!” said he; “Was I not even able to be as this raven, and to hide the body of my brother?” then he became full of regrets-

Kisah ini amat melekat di hati saya, seakan-akan terngiang-ngiang ditelinga saya saban hari. Aduhai perasaan cemburu ini, membawa kepada satu pembunuhan yang amat mengerikan, tidak pernah terbayang dek akal ketika itu.

Sedangkan cemburunya, mahupun pembunuhannya tidak pula akan membawa kepada penerimaan qurban-nya kepada Allah subhanahu wata’ala.

Begitulah seadanya kita, begitulah seadanya manusia, sentiasa cemburu terhadap orang lain. Cemburu orang lain lebih baik, sedangkan tidak kita memperbaiki diri, cemburu orang lain lebih berusaha menuju Allah, sedangkan tidak kita berusaha sedikit demi sedikit menuju Allah.

Allah al-‘aliimul hakim. Yang sangat mengetahui dan sangat bijaksana, tahu apa yang paling baik dan paling sesuai untuk kita.

Begitulah seadanya kita, begitulah seadanya manusia, cemburu terhadap apa yang diperolehi orang lain, baik harta, fizikal yang cantik, kedudukan, anak-anak dan apa jua. Allah rabbul ‘alamiin (Tuhan seluruh alam ini) mengatakan ‘jangan’ kepada kita untuk cemburu terhadap permberianNya kepada orang lain. an-Nisa’ 4 : 32.

32. Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu, lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

My teacher once said …

Here is a very beautiful ending of this verse

‘… dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’

Di mana Allah (yang maha pemurah, yang maha memakbulkan doa, maha mulia (baik hati) ) tidak mengakhirinya dengan ‘mintalah kepada Allah, nescaya Allah akan beri pula kepada kamu’ tetapi Allah mengakhirinya dengan ‘Allah maha tahu segala sesuatu’. Ini membayangkan kepada kita, sesuatu pemberian yang Allah kurniakan kepada kita adalah sangat bersesuaian, sangat tepat, dan sangat cocok, kepada kita. Dan yang dikurniakanNya kepada orang lain itu, adalah sangat sesuai dengan mereka.

Di dalam surah Taha 20 : 131, sekali lagi Allah mengulangi peringatan ini,

131. Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia. Agar Kami uji mereka dengannya. Dan kurnia (dari) Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.

Kereta besar, rumah cantik, kekayaan, pangkat, kebolehan yang kita cemburui itu adalah pemberian dari Allah kepada mereka sebagai ujian untuk mereka. Sebagai ujian. Tidak lain hanyalah sebagia ujian. Masing-masing mempunyai ‘kertas ujian’ masing-masing. Untuk Allah nilai pada hari pembalasan nanti, yang sangat dekat. Sangat dekat. Mencemburuinya, adalah seakan-akan kita menginginkan ujian yang Allah berikan kepada mereka, sedang kertas ujian kita tidak terjawab (dan mungkin menunggu markah kosong dari Tuhan).

Dalam sebuah hadith sohih, yang dirakamkan oleh imam muslim. Rasulullah sallaAllahu ‘alaihi wassalam bersabda.

My teacher once said …

I wish my heart could apply this

IMAM MUSLIM Book 042, Number 7070:

Abu Huraira reported Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying: Look at those who stand at a lower level than you but don’t look at those who stand at a higher level than you, for this would make the favours (conferred upon you by Allah) insignificant (in your eyes). Abu Mu’awiya said: Upon you.

Sentiasa melihat ‘orang di bawah’ kita. Orang yang berjalan dengan sebelah kaki, orang yang Cuma makan sehari sekali, orang yang tiada rumah yang sempurna, orang yang tidak ada pendidikan, tidak mempunyai kerja, dan banyak lagi yang kita ini lebih ‘bernasib baik’ dari mereka.

MasyaAllah. Islam ini cukup indah.

4.2 si dunia (no.1 no.2) July 14, 2008

Posted by abuabubakr in 4. s i d u n i a.
1 comment so far

Duniaaaa dunia.. ishk si kecik ni…

Islam tidak pernah melarang untuk mengambil kehidupan dunia, malah Allah telah menyuruh kita untuk tidak melupakannya.

Kan ade ayat yang kate carilah akhirat .. tapi jangan lupe bahagian kamu di dunia .. (baiknye Allah)

C u m a n y a kita perlu jelas satu perkara .. satu perkareee je.

“Akhirat no. 1, dunia no. 2”

Dalam surah huud (11)

15. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.

Waaaaaaaa best nye .. sekali imbas dengar ayat ni macam sangat best ..

Tetapi

Allah menyambungnya dengan

16. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan

waAllahua’alam

2.2 jalan kita sama (falsafah masa) July 11, 2008

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.
add a comment

Beberapa orang saya temui bercakap mengenai kumpulan-kumpulan dakwah. jemaah, adus sensitifnye. hehe. Takpe-takpe, saya tidak akan menyentuh hal ini insyaAllah. insyaAllah j a l a n k i t a s a m a. jalan kita sama

Cumenye apa yang menarik perhatian saya adalah pada khutbah jumaat yang saya dengar hari ini di tempat saya.

Kahtib membacakan surah al-Asr … tuan-tuan pastinya banyak kali mendengarkanNya. Katanya, kenapa every human being is in a state of losing?? Apa benda yang ade pada kita, yang dengan berlalunya masa, (As Allah swear by the time) kita kehilangannya sedikit demi sedikit. Secupak demi secupak, sebutir demi sebutir .. ia bukannya beras. dan bukannya harta emas dsb. Tetapi adalah m a s a yang kita punyai … khatib mengajak kami memikirkan masa, dengan bukannya secara kehadapan (ape bende pulak nih??). i.e. dengan memikirkan masa kita dari bayi – kanak-kanak, sekarang sudah dewasa dan insyaAllah kita akan kawen, akan berkeluarga- akan jadi kaya (who knows) -akan tua dan akan mati. Ini adalah pemikiran kedepan. Pemikiran kedepan ini sedikit sebanyak menjadikan kita berfikiran yang kita mempunyai masa, yakni kita mempunyai masa di hadapan kita … so, bolehlah nak buat ape2 nanti. Cthnya sekarang ni sibuk lagi (studi, main game, etc..) so sebab kita punya masa nanti, amal-amal soleh bolehlah dilakukan nanti insyaAllah.

Tetapi yang menariknya khatib mengajak kami memikirkan masa secara kebelakang.. (macam mana nyek??). Bayangkan kita cume ade 60 tahun di atas dunia ini.. so tuan-tuan dah gune bepara tahun? 23? 24? 25? Ok that’s fine .. kalau 20 tahun pon dah gune, takpe, so lagi tinggal 40 tahun lagi. Baki 40 tahun ni jelah tinggal untuk tuan-tuan buat sesuatu untuk beli syurga.. kalau tak cukup dalam masa 40 tahun ni ..masyaAllah habislah kita. Cukup ke? Cukup tak cukup tu belakang cerita, yang penting if you don’t go for the 4 articles stated in the surah (al-Asr), y o u a r e n o w, r i g h t n o w l o s i n g s o m e t h i n g

Kadang-kadang something yang kita hilang, you can find it again later on. But the bad thing is .. if you lost your time, your never find it back. It will be the furthest thing for you to reach.

Jadinya, Allah yang maha pemurah ni ajar manusia empat perkara so we tak berada in the state of losing something like everyone else.

1 iman, 2 amal soleh .. saya tak sentuh kot pasal dua perkara ni, insyaAllah semua orang tahu.

3 advice each other with a l – h a q, 4, advice each other with a s – s o b r.

Saya sering terfikir-fikir, kenapa al-haq dan as-sobr?? Kenapa tak husnuzzon (bersangka baik) ke, zikrul maut, sedaqah ke, menuntut ilmu ke, dsb?

Khatib sambung lagi..

Al-haq is not only the truth, (ha??!) it includes the truth (oOoOoO . .). but it is not only the truth. Al-haq is the o r i g i n a l, the original path that Allah subhanahu wa ta’ala put on for human being. Human being always deviates from the original path and we have to advice each other to come back to the original path, the original purpose. The original, the o r i g i n a l

And As-sobr ..to have advice each other for as-sobr is important because to Allah had ordain everything.. everything had already being written by Allah (your rizq, the next generations, etc, etc, aaaaalllll thing), so kita hanya perlu melaluinya dengan sabar. Dengan sabar dan syukur (the original way).

Allah knows best.

3.2 Musa, Joshua & the fish (bahagian 2) July 8, 2008

Posted by abuabubakr in 3. l e m b a r a n.
add a comment

A man came and said “the inheritance of prophet S.A.W. are being distributed in the masjid!”. And people ran to the masjid, they want to get some blessing of the ineritance of the prophet and they saw nothing but h a l a q a t u l ‘i l m (halaqah where knowledge are being distributed). And they said “we didn’t see any inheritance??”. “This is (meaning there) the inheritance of the prophet S.A.W., it is in the ‘ilm (knowledge)”

Mungkin saudara-saudara telah menemukan hadith yang kita bincangkan tempoh hari.

Ade sape-sape yang tak jumpe?

Kalau versi omputih boleh didapati di laman

http://www.usc.edu/dept/MSA/reference/searchhadith.html

dengan key word ‘moses and boy’, etc. etc.

Dengan rahmat Tuhan sang pencipta, Nabi Musa telah mengajar umat manusia berkenaan kesungguhan dalam mencari ilmu yang telah direkodkan di dalam al-Quran (surah al-Kahfi 18 : 60), keseluruhan episod ini cuma disebutkan di satu tempat sahaja di dalam al-Quran. Dan juga supplementary meterial dalam hadith Ubai bin Ka’ab yang saya maksudkan. Saya panggil hadith “Moses and boy” jelah nyek.

Kali ini yang menjadi tumpuan mata saya adalah pada ayat-ayat surah al-Kahfi (yang penuh misteri lagi menggetarrkan jiwa). Sesiape yang mahukan parallel quranic version, bolehla bukak surah al-Kahfi, 18:64-82

Di mana Musa menemukan seorang tok guru yang aaaaamat misteri. A man, whom Allah blessed him, bestowed upon him with knowledge. Seorang yang Allah ajarkan ilmu dari sisiNya (yang maha agong).

To digress your attention a little bit of this point …

Tuan-tuan, abang-abang, adik-adik sekalian, s u n g g u h Allahlah yang memberkahi dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang ini (al-khadir), dan Allahlah juga yang mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam, Nabi Musa dan para nabi yang lainnya. Allah jugalah yang mengajarkan ilmu kepada Qarun, sehingga kunci untuk membuka gedung simpanan hartanya menjadi beban kepada sekumpulan pemuda yang gagah (al-Qasas, 28:76). Dan juga kepada para pembina binaan-binaan agong seperti piramid, iraam (binaan kaum ‘Aad), istana-istana di dalam gua (binaan kaum Tsamud), dan lainnya. Seperti itu jugalah Allah telah mengajarkan kepada mereka untuk membina Tokyo Tower, Eiffel Tower, KLCC, dan macam-macam bangunan pencakar langit. Dan … seperti itu jugalah, Allah mengajarkan sedikit ilmuNya (yang maha agong) kepada para saintis agong seperti Ibnu Firnas (1st to make flying object), Ibnu Haytam (1st to make camera), dan kepada saintis-saintis kerdil si pengkaji teknoloji nano, dan kepada pemuda-pemudi si penuntut di universiti (yang berhadapan dengan perperiksaan). Dialah yang m e n g a j a r k a n manusia dengan pena. waAllahua’alam. Ya Allah ajarkanlah kepada kami ilmu, ilmu yang bermanfaat kepada kami. Amiin.

Menyambung kisah Nabi Musa dan gurunya tadi (tuan-tuan tentunya pernah mendengar kisah ini).

“Cikgu, boleh saye ikut same? Saye nak belaja”

“kau takkan boleh bersabar nanti kalau ikut aku.. kau tak tahu benda-benda ni”

“i n s y a A l l a h, saya akan bersabar” jawab Musa, berazam.

“kalau nak ikut jugak, duk diam-diam saje nyek, jangan nak t a n y e macam-macam, sampai mase nanti aku terangkan”

Mereka lalu menaiki sebuah kapal dimana orang-orangnye sangat baik, bagi diorang naik free. Free ride!.

Tiba-tiba, sang guru merobek kapal tersebut lalu ditanya Musa, “eh? Apsal buat macam tu?”

Sang guru terus menegur Nabi Musa, “kan aku dah cakap tadi, jangan nak tanye-tanye (dah agak dah, hmm.. ) ”

“Alaa sori lah cikgu, saya lupe tadi.. ”

see the adab brothersof a humble student. Lesson no. 2 (kepada kita semua termasuklah saya) do not stubborn on false position, be humble, be humble, be humble before a teacher.

What was lesson no. 1 ? ?

The insyaAllah.. 18:69 , more stronger in 18:23-24 (if you want to go for detail of the insyaAllah-lesson, see surah al-Qalam. Cerita ashabul jannah)

Mereka mengharungi lagi sebuah perjalanan …

di mana seorang kanak-kanak sedang bermain-main dengan kanak-kanak lain. sang guru lalu memegang kepala budak tu, dan membunuhnya.. ya, beliau m e m b u n u h b u d a k i t u . Anybody has any idea?? about what is going on? Musa then asked again .. “kau bunuh seorang yang innocent, dia bukannya bunuh sesape??”

al-Khadir even firmly says to the prophet (of course he knew that was Musa of Israel, the prophet of his time), “kan aku dah kata, kau takkan boleh bersabar”

Musa mengakui kesilapannya lagi.. “ok (saya minta maaf), kalau saya tanya sekaliii je lagi, then I have no excuse

Dan mungkin semua kita sudah tahu, kali ketiga pon Nabi Musa gagal memenuhi azamnya untuk bersabar .. (18:77), These things brothers, were so a m a z i n g, even people who j u s t listen to the story couldn’t take them. siapalah agaknya yang mampu bersabar melihat perkara-perkara sebegini. Sedangkan kau wahai nabi ulul ‘azmi (among the most who has forbearance) pon sedemikian.

Ade sape-sape nak cube .. ape pengajaran yang ketiga?? (insyaAllah untuk kita semua umat manusia)

Yes brothers and sisters,

as-Sobr (patient), of things we know not.

Sampai ke point ini, sang guru berkata kepada Nabi Musa, “cukuplah sampai sini kau mengikuti aku”. Dan kemudian beliau menerangkan kepada Nabi Musa tentang perkara yang Nabi Musa tidak dapat menahan sabar melihatnya. Sehingga jelaslah di mata Nabi Musa akan kebenaran dari Tuhan. Dan tiada satu pun yang dilakukan oleh sang guru itu atas kehendaknya sendiri, semuanya dari Allah yang maha pandai. (18:78-82)

Pada akhir hadith “moses and boy” itu, Rasulullah (s.a.w.) menutupnya dengan; “semoga Allah mengurniakan rahmat kepada Musa, kalaulah beliau boleh bersabar sedikit lagi, boleh kita belajar dengan lebih lagi kisahnya dengan al-Khadir” (dan air mata mula terbit di mata saya)

Banyak bende berlaku di sekeliling kita, di mana dari short-sighted kita mungkin merupakan perkara yang tidak baik (e.g. kegagalan, terlepas naik train, sakit, atau ape-ape saje yang berlaku). Tapi Allahua’alam, ia mungkin adalah perihal yang baik sebenarnya.

Di sini lah gunenya saudara-saudara, (hehe .. ini mungkin buah kilas kot untuk kali ni)

a l – h u s n u z z o n .. (bersangka baik) kepada Allah dan sesama manusia

dan

a s – s i q o h (mempercayai)

dan

a t – t h o o’a h (taat)

WaAllahua’alam.

1.2 Pendahuluan (bahasa dan cinta) July 7, 2008

Posted by abuabubakr in 1. p e n g e n a l a n.
add a comment

Bahasa merupakan satu tools yang tersangat mantap dan tidak sepatutnya di ambil enteng. Kita perlu mengakui setiap bahasa tidak sama. Bahasa-bahasa di dunia mempunyai kelas-kelasnya yang tersendiri. Tidak semua bahasa itu sama. Tidak semua bahasa boleh menerangkan sesetengah perkataan yang ada dalam bahasa lain. Hanya sahaja kalau perbuatan/ benda/ tingkah laku itu hidup dalam masyarakatnya, barulah ia boleh menjelaskannya dengan tepat dalam bahasanya sendiri.

Saya bawakan kehadapan anda beberapa contoh. Bahasa inggeris tidak mampu menerangkan perkataan ‘jentek’(ye ke?) kemungkinan yang paling hamper adalah ‘flip’. Manakala bahasa kita kurang mampu menterjemahkan perkataan ‘loyal’ atau perkataan ‘bimyou’ (bahasa jepun). Ini kerana ketiga-tiga perkataan lahir daripada suasana masyarakat yang berbeza latar belakang, perangai, kecenderongan, sifat dan budaya.

Dengan menyedari hakikat ini, kita dapat mendalami prilaku atau budaya sesuatu masyarakat dengan melihat kepada bahasanya. Sebagai contoh; masyarakat jepun mempunyai banyak perkataan untuk menerangkan ‘nasi’ … raisu, o-kome, dan gohan. Masyarakat barat cuma ada satu, ‘rice’. Tetapi mereka ada banyak perkataan untuk menerangkan ‘gandum’ … flour, wheat, serial, dan sebagainya. Membayangkan dekatnya kehidupan dan amalan masyarakat mereka (masing-masing) dengan perkataan ‘nasi’ bagi orang Jepun dan perkataan ‘gandum’ bagi masyarakat barat. Sehingga mereka kalau ingin mengatakan itu, perlu menggunakan perkataan yang specific, supaya tepat maksudnya dalam perbualan mereka. Malah, orang ‘arab mempunyai tujuh nama yang berbeza untuk ‘unta’, orang jepun mempunyai pelbagai cara/frasa untuk ‘meminta maaf’, dan orang perancis, sepanyol, afrika, croatia, monggol mempunyai macam-macam cara untuk mendescribe apa-apelah (saya pun kurang arif jugak), yang membayangkan kepada kita fenomena yang sama.

Menunjukkan dalamnya kesan, dan menusuknya ke dalam hati, jika bahasa yang sesuai digunakan. Dan keringnya sesuatu ayat jika cuma ditranslatekan dengan simple translation tanpa mengira emosi dan perasaan yang wujud dalam ayat yang asal.

Saya sangat ingin menggunakan bahasa melayu sepenuhnya sebagai perantaraan dalam luahan-luahan perasaan di sini. Hanya saja kerana banyak daripada perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang kalaupun sesuai disebutkan (atau dituliskan) dalam bahasa kita, yang jika ditulis, (saya rasakan) akan diambil enteng maksudnya oleh para pembaca, saya tuliskan dengan menggunakan bahasa inggeris (tapi ini sekadar pendapat 2-yen peribadi saya je). Atau yang saya dapati dari perkataan asalnya dalam bahasa inggeris, saya tuliskan dengan menggunakan bahasa penjajah ini. Bahasa penjajah, ya! walaupun ia bahasa penjajah, tetapi bahasa itulah yang menjadi bahasa tamadun saat ini. Kerana ketamadunan mereka, kerana mereka menjadi u s t a z i a t u l ‘a l a m (mahaguru kepada alam) saat inilah bahasa mereka lebih sedap didengar, lebih common untuk diluahkan, dan pada sesetengah tempat saya rasakan lebih tepat untuk digunakan. waAllahua’alam.

Walau bagaimanapun, saya secara peribadi lebih menyukai bahasa ‘arab. Bahasa al-Quran. Sesetengah orang berpendapat kita perlu/mesti/wajib menyukainya kerana ia adalah bahasa al-Quran. Tetapi bukan itu alasannya. Bukan sahaja kerana ia merupakan bahasa al-Quran yang amat dicintai kerana al-Quran itu sendiri, tetapi juga kerana keluasan vocabulary nya yang lebih mampu menerangkan pelbagai perkataan dengan tepat dan lebih masuk ke dalam hati bila didengari, nadanya lebih terkesan, dan gaya bahasanya paling flexible. Hanya saja saya tidak menguasainya (insyaAllah mungkin lebih sesuai untuk mukmin berbahasa selain ‘arab menyatakan ‘masih belum lagi dapat menguasainya’) dan terdapat banyak halangan-halangan lain, jadi tidaklah digunakan di sini.

Tuan-tuan sekalian, janganlah kiranya terasa asing jika ada kalimah ‘arab yang tidak difahami. Kerana yang bercakap/menulis ini pun tidaklah pandai sangat. Cuma mengetahui satu dua sahaja perkataan ‘arab yang mungkin itulah yang diulang-ulanginya. Dan janganlah disalah ertikan dengan kata-kata ‘bahasa jiwa bangsa’ dan berprasangka orang yang mengguna bahasa selain bahasa Malaysia tidak mencintai bangsa Malaysia. Cinta yang sebenar hanya wujud pada mencintainya kerana Tuhan sekalian alam, kerana itulah tempat tuju segala kehidupan. Bukannya cinta yang wujud membabi buta, tidaklah pula kerana alasan tempat kelahiran, warna kulit dan sebab-sebab jasadi yang lainnya.

Cinta yang wujud kerana Tuhan sang pencipta adalah cinta yang kekal dan tiada penghabisannya, kuat dan tiada datang menjenguk lemahnya, cinta yang penuh melimpah ruah kasih sayangnya tanpa boleh dikurangi, cinta yang mulia dan agong perjuangannya kerana itulah matlamat kehidupan yang lebih besar, lebih sebenar, atau lebih original. Amat beruntunglah orang yang dipilih Tuhannya untuk b e r j a l a n d i l a n d a s a n ini. Sedangkan cinta yang wujud atas sebab jasadi adalah kecil nilainya, dan sangat sempit skopnya tiada akan pergi jauh perjuangan dan pengorbanannya. Dan tersangatlah merugilah orang yang memilih untuk berjalan di atas landasan itu.