2.8 Jalan kita sama (Amal muntij) September 24, 2009
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
Memikirkan amal muntij, saya tertanya-tanya diri sendiri, mengapa perlu ada amal yang dikelaskan dalam amal ‘kelas muntij’? seolah-olah amal itu ada taraf-tarafnya. Bagi saya amal itu satu. Amal. Cukup.
Amal itu satu, satu sahaja, semuanya satu kelas. Semuanya kerana Allah! Maka dengan itu tiada kelas amal yang lain. Muntij dan tidak muntij, sohih atau dhoif. Semuanya satu. Bagaimana?
Maka kalau amal itu kerana Allah, dan aamil (orang yang beramal) itu faham apa erti ‘saya beramal kerana Allah’, maka amal itu satu. Amal itu kerana Allah. Tiada muntij dan tidak, tiada dhoif dan sohih, tiada hasanah dan dholalah! Tapi kalau tidak faham?
Soalnya kalau tidak mengerti… apa erti “saya beramal kerana Allah”. Maka ketika itu pemahaman amal sudah berubah. Jadi mungkin, perlu difahamkan si aamil itu dengan berperingkat. Pertama. apa amal dholalah dan apa amal hasanah?
Ya, yang hasanah itu mendapat pahala menuju ke syurga, menempah redho Allah!. Yang dholalah itu mendapat dosa, menuju neraka mengundang murka. Kan mudah? Setelah itu apa?
OoOoo.. setelah itu .. kalau amal itu semuanya sudah hasanah, di dalamnya mungkin, terkandung yang sohih (betul caranya, dan mengikut prioritas) dan mungkin juga terkandung yang dhoif (lari prioritasnya). Lalu apa bezanya? Kedua-duanya sama sahaja. Kedua-duanya mendapat pahala menuju ke syurga, menempah redho Allah. insyaAllah. Lalu bezanya di mana? Bezanya cuma yang dhoif itu mendapat pahala sedikit, statik atau sekali sahaja, atau satu unit sahaja dari saham-saham di akhirat nanti. Sedangkan yang sohih itu mendapat pahala yang berganda-ganda, gandaannya jauh lebih besar daripada amalnya. Barokahnya berterusan, pahalanya mengalir macam sungai. Tak henti-henti, namanya agong di akhirat nanti. Sahamnya naik tidak kunjung turun. Mau kah? Kalau mau, ngertikan dulu mana yang sohih dan mana yang dhoif. Udah, jangan kau habiskan masa untuk yang dhoif, terus sahaja habiskan tenagamu untuk yang sohih. Namun, amal yang dhoif itu jauuuuuuh lebih, baiknya dari tidak beramal!. Iya iya.. aku ngerti, aku pilih yang sohih. Setelah itu habis?
Setelah itu tidak habis juga… amal yang sohih itu masih pelbagai. Wah, susah ya untuk beramal?. Tidak juga. Kalau kau merasa susah. Cukup!. Kau berhenti setakat ini sahaja. Paling kurang, engkau beramal dan amalmu sohih-sohih semua. Tapi, kalau kau mau, ada lagi yang lebih hebat. Mendapat pahala amal sohih tadi di akhirat, yang tak kunjung-kunjung habis hebatnya, dan juga mendapat pahala di dunia. Pahala dunia?
Pahala dunia itu adalah kemenangan dan keberhasilan. Ya, udahlah. Aku tidak mau berbahas mengenai ini. kerana menang atau kalah, berhasil atau tidak, itu ditentukan Allah. Ya benar. Tapi kalau kau mau, aku tunjukkan satu lagi amal… yang dengannya kau tidak terkalahkan. Ya, itulah amal yang muntij. Amal yang muntij itu, seperti hijrahnya Nabi S.A.W. Datangnya setelah amal yang hasanah, setelah amal yang sohih. Hijrahnya Nabi S.A.W. itu sudah tentunya hasanah, kerana perintah Allah. Sudah tentunya sohih, kerana mengikut prioritas (dari segi masa dan sebagainya). Namun akhirnya untuk sebuah perjalanan yang agong itu, Nabi S.A.W. menyusun strategi, dengan pelbagai bentuk strategi. Dari awal hingga ke akhir. Sehingga Allah mengizinkan hasilnya, dengan kehendak-Nya. Nah, amal hasanah, yang sohih dan berstrategi, atau yang sohih dan bijaksana/berhikmah itulah yang disebut muntij. Dan itulah amal yang sempurna, cukup ihsannya kerana Allah S.W.T.
waAllahua’alam
2.7 Jalan kita sama (aku baru terjaga ..) September 6, 2009
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
“Kata-kata manusia itu ibarat patung yang tidak benyawa, apabila dia mati kerananya, barulah ketika itu kata-katanya akan mula hidup dan menjalar merata.” Begitulah kira-kira, kata-kata seorang syuhada agong abad ke-20, sehingga tidak mengharuskan saya untuk menyebut namanya. Begitu jualah manusia, manusia itu ibarat sesuatu yang mati.
Benar, memang benar. Persis seperti yang anda lihat di filem-filem matrix, manusia yang hidup di abad ini sebernarnya adalah ibarat patung-patung yang mati. Gerak-geri dan kerjanya sudah terprogram dan ia selesa dengan itu. Selesa kerana dengan program yang diprogramkan itu ia dapat, paling tidak melepaskan dirinya dari permasalahan. Buat apa bersusah-payah, berpenat-lelah dan bermati-mati untuk mengubah sistem yang sedia ada. Terima sajalah seadanya, inilah yang telah ditakdirkan untukku.
Tidak, sekali-kali tidak. Aku ingin menjadi manusia yang hidup, bukan mati. Seperti ada kata-kata inggeris yang pernahku dengarkan, “everyman dies, but not everyman really live”. Kadang-kadang aku menyesali keadaan ini, namun aku tidak mampu mengubahnya. Kalaupun aku ingin mengubahnya aku terpaksa menempuh liku-liku yang amat sukar. Nanti!. Sudah!, sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin mengundur diri. Jangan nanti terjerumus pula aku ke lembah perjuangan ini. jangan kau libatkan aku, perjuanganmu sangat panjang, melebihi usiaku, biarlah aku hidup dalam matrix ini. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, gajiku RM3000. Cukuplah, cukuplah. Biarkan aku dalam matrix ini.
Perjuangan yang kau katakan ini memang terpuji, memang mulia, memang agong. Aku akui… tapi aku … aku ingin hidup untuk diriku, aku ingin melepaskan diriku. Sudah, jangan kau libatkan aku. Aku rela berkubur di alam matrix ini. Biarlah, baik kapitalis mahu apapun, semua yang telah ditakdirkan untukku, aku terima saja. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, aku punya gaji RM3000…
…
Duhai “aku”… pernahkan engkau bermimpi? Dalam suatu mimpi yang indah, kau bermain, bersuka, atau makan kegemaranmu? Seakan-akan ia sangat benar, seakan-akan kau betul-betul hidup di dalam mimpimu itu. Lalu apa terjadi ketika jagamu? Semuanya itu lenyap dalam sekelip mata, kau cuba juga menggapai apa yang termampu, tapi gapaianmu itu lenyap sesaat saja. Lalu musnah semua mimpi-mimpi indahmu. Kau terjaga dan kau sedari kau tidak punya apa sebanarnya. Itulah ibaratnya hakikat hidup ini. Kau terasa indah, sangat selesa dengan kedudukanmu. Dengan gajimu yang sudah cecah RM3000. Kerana paling tidak, kau dapat melepaskan dirimu. Dapat hidup untuk dirimu. Lalu apa terjadi ketika ajal datang menjemputmu? Semuanya itu lenyap sebentar sahaja. Barulah ketika itu kau sedar, rupanya kau tidak punya apa. Itulah hakikatnya kehidupan.
Duhai “aku”, kau lihat para pejuang yang bersusah-payah, berpenat-lelah, dan bermati-mati itu, mereka tak punya apa. Mereka tak punya gaji RM3000. Mereka tak punya hidup sepertimu. Mereka tak punya “hidup untuk diriku”. Kerana mereka punya “hidup untuk orang lain”. Segala yang mereka usahakan, tidak ada yang untuk diri mereka. Sehingga ajal datang menjemput mereka. Lalu mereka punya segala-gala, punya gaji bukan cuma RM3000. Mereka ada segala selesa, dan mereka kini dapat melepaskan diri mereka, untuk kehidupan yang selama-lama. itulah mimpi indah mereka. Ketika itu duhai “aku”, kau lihat mereka tidak lagi bersusah-susah, berpenat-lelah dan bermati-mati. Mereka bersuka-suka, bermain-main bersama-sama pasangan mereka, dan makan kegemaran mereka. Bukan cuma untuk satu ketika, tetapi untuk selama-lamanya. Nah, itulah harganya, untuk satu kenikmatan yang selama-lamanya. Itulah harganya. Sebuah pengorbanan, harga sebuah hidup yang bukan untuk diri mereka. Bukan untuk melepaskan diri mereka dan berkubur di alam matrix ini. tapi hidup mereka, “hidup untuk orang lain”. Mereka berkorban untuk orang lain. Supaya orang lain dapat menerima panggilan islam. Kerana itulah tugas kita. (2 : 30, 51 : 56. Sedutan dari filem ISK.)
2.6 jalan kita sama (words from scholars) October 13, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
2.5 jalan kita sama (jalan kita sama) October 5, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
Bismillahirahmanirahim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah ‘the night’ atau ‘al-layl’.
“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan.” (al-Layl 1-3).
Teringat satu ketita, tatkala saya keluar bersama zaujati di waktu malam. Sambil memerhatikan langit yang hitam dihiasi bintang.
“langit ni .. macam satu beg plastik yg menyelubungi bumi. Ade koyak-koyak (bintang yang menyinari) .. kan bang?”
sodaqaAllahul ‘azim. Malam itu memang menyelubungi bumi. Sebagai satu miracle dan tanda bagi orang yang berfikir.
Allah (Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini) bersumpah dengan miracle-miracle ini.. untuk menarik perhatian manusia, ada perkara yang penting akan kau dengari selepas ini.
Perkara yang sering kau perdebatkan dalam perbincanganmu, perkara yang sering menjadi isu hangat di forum-forum di laman web yang melata ke seluruh pelusuk dunia, perkara yang sering kau confusekan, perkara yang lebih kau sukai berbincang mengenainya dari membersihkan dirimu (tazkiyatun nafs), dari berusaha mendekatkan diri kepada Tuhanmu (Taqarrub illaAllah), dari berusaha mengenal Allah (ma’rifatullah), Sang Rabbul’alamin.
Surah inilah jawapannya. Surah inilah penentunya. Jawapan dan penentu kepada persoalan-persoalan. mana satu ni? Betul ke tak betul? Ape bezanya? Boleh ke ade macam ni? Yang sering kau debatkan dengan panjang lebar untuk menentukan mana satukah yang betul. Sedang Tuhanmu telah pon memutuskannya, telah pon menetapkan jawapannya.
Persoalan tentang apa? Ya. Tentang “j e m a a h”. (bukankah kau sangat suka mendebatkannya?)
Sedang kau abaikan keputusan Tuhanmu..
“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal kamu bermacam-macam.” (al-Layl 1-4)
Tujuan Allah bersumpah dengan malam dan siang. Lelaki dan perempuan yang berbentuk complementary (saling melengkapi) adalah untuk menerangkan kepada kamu wahai manusia.. sesungguhnya amal kamu bermacam-macam. Usaha kamu berlainan dari segi hakikatnya, dari segi motifnya, dari segi arah tujuannya, dan dari segi hasilnya. Manusia di bumi ini berlainan dan tidak sama dari segi tabiat dan kecenderungan, dari segi fikiran dan minat. Semuanya masing-masing dan berbeza. Setiap orang merupakan dunia yang tersendiri yang hidup dalam planet yang tersendiri.
Ini merupakan satu hakikat, tetapi di sana ada lagi satu hakikat yang lain iaitu hakikat umum yang merangkul seluruh manusia dengan alam mereka yang berlainan itu. Di mana seluruh manusia yang berlainan tadi dikumpulkan dalam dua barisan yang mempunyai panji masing-masing.
Iaitu golongan pertama ;
Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 5-6)
Dan golongan yang kedua ;
Adapon orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup. Dan tidak percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 8-9)
Inilah dua barisan, yang menjadi tempat pertemuan berbagai-bagai jiwa dan usaha, berbagai-bagai cara-hidup dan berbagai-bagai matlamatnya. Masing-masing mempunyai jalan sendiri dan masing-masing mempunyai kemudahannya.
Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan (al-Layl 5-7) (dari fizilalil quran)
Pokoknya adalah bekorban (memberi) dan bertaqwa. Serta berpegang teguh dengan aqidah yang paling indah. Iaitu aqidah Islam. Setelah ia telah bekorban, bertaqwa dan tsabat (tetap teguh) di jalanNya, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju kesenangan, jalan yang diimpikan setiap manusia. Kesenagan. Sesiapa yang Allah berikan kesenagan, maka sangat tenteramlah hidup dan setiap langkahnya. (ringkasan dari fizilalil quran)
Itulah keputusan Tuhanmu, yang tidak perlu kau perdebatkan lagi, Allah mahukan usaha dan pengorbananmu. Yang Allah sangat mengetahui, ianya bermacam-macam. Itulah penetapannya yang tak perlu kau confusekan lagi. Allah inginkan kau memberi dan bertaqwa, serta berpegang pada aqidah yang paling indah ini. Biar di manapon kau berada. insyaAllah jalan kita tetap sama. insyaAllah kita berada di bawah satu panji. Satu barisan manusia yang Allah rangkumkan, iaitu golongan orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Maka kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan.
Adapun sikap dan pendirian kita terhdp semua pertubuhan islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran2 yang berlainan supaya dapat pertolongan utk dapat kebenaran di bawah lindungan bertolongan dan kasih sayang, kita jgn dipisahjauhkan oleh pendapat feqah atau masalah perbezaan mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini adalah mudah, tiada yang siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui cara yang mudah yang dapat diterima akal. Kita yakin sesungguhnya suatu hari kelak akan gugur nama2 atau gelaran2 yang membezakan antara satu jemaah dgn satu jemaah orang islam, akan digantikan tempatnya oleh kesatuan kerja menyatukan barisan2 angkatan pengikut Nabi s.a.w. Tidak ada selain dari saudara2 muslim yang bekerja kuat utk agama dan berjuang utk agama Allah.
2.4 jalan kita sama (Densya hidupku; Ramadhan dua benua) September 28, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a, Uncategorized.add a comment
Densya hidupku…(1.1 Eki Ramadhan )
Berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui sekiranya (yg kamu serukan kpd mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bagi mereka…
(at Taubah : 41-42)
Andai jalan dakwah & tarbiah itu mudah, ditaburi bunga dan sorakan ramai, nescaya ramai yang menyusurinya, namun jalan itu tidak mudah. Jalan yang penuh ujian, mehnah dan fitnah. Namun itulah jalan yang paling selamat menuju kepada Allah, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang pernah dilalui rasulullah saw, malah jalan yang sama dilalui semua para rasul, mu’minin dan mu’minat….
Eki 1
Ramadhan kali ramadhan amat berlainan dgn ramadhan2 yg pernah ku sambut 5 tahun yang lepas. Sesungguhnya Allah itu Maha Menurunkan hambaNya pada tempat yg dikehendakiNya…kerana Allah itu Maha Mentaqdirkan sesuatu.
Salthill, Galway, Ireland
Aku merindui saat2 berpuasa di Galway, Ireland. Ramadhannya disambut meriah, bulan rahmah, maghfirah dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Hampir setiap insan muslim di Galway,(populasinya kecil ~120org) merasakan ‘hidup’nya ramadhan. Baik mereka berada dalam lingkugan tarbiah, mahupun tidak, baik yang sedia bertudung mahupun tidak, baik yang solatnya ‘cukup2′ syarat, mahupun tidak..semuanya merasakan ‘karamah’nya bulan ramadhan. Ramai yang menghidupkan malam2 ramadhan dgn terawikh,baik di ‘community hall’ yg disewa sepanjang bulan ramadhan utk memuatkan para jemaah pelbagai bangsa yg tidak mampu ditampung masjid (read as : converted semi D house) mahupun di rumah2. Kelazimannya pelajar2 galway akan berkongsi rumah 4-5 orang serumah. Dan selalunya kedudukannya berhampiran. Antara satu sama lain, iaitu kawasan2 perumahan yang ’strategik’ berdekatan dgn UCHG (University College Hospital Galway ataupun dgn NUIG (National university or ireland galway).Andai malas ke community hall Mereka akn ‘gather’ & pakat 2-3 rumah utk solat terawih berjamaah bersama2. Mungkin meriahnya kerana saat itulah dpt tgk muka org2 lain (ie junior & seniors) berkongsi cerita dan lain2. Yg menariknya, tuan rumah pasti gembira menyediakan moreh utk terawih… Maka terkenallah individu tertentu dgn donat nyelah, donat sira pun ada, karipap sudah pasti, roti bom, puding roti ( bulan pose makan roti sgt..so berlebih …drpd buang, baik buat puding roti kismis -) ) dan macam2 juadah lagi…
Lagi perkara yang menarik, setiap rumah sedari minggu awal puasa akan memilih tarikh jemputan Iftar di kalangan jiran2 terdekat ( yelah kami dulu duduk selang 2-3 buah rumah je… Kalau x cukup garam ke, bawang ke… Jerit je pun bole dgr kot … Huhu) ramai2 ingin berkongsi pahala orang yg berpuasa.. Lagi2lah kalau sampai turn org yg x pose masak…bermacam2 menu la keluar..nasi kerabunya, Nasi tomato, nasi ayam lah.. Ayam percik lah… Huhu… Rindunya….
Pada saat ini jugalah… Buku ‘medic’ akan ditutup sedari waktu buka puasa sehingga selesai terawih…Ajaib kan? … Entah mengapa, tetapi ratanya2 tidak bimbang atau risau perihal test or exam sgt…At least after 8 rakaat terawih baru mereka start study balik…subhanallah , betapa Allah memberikan rahmahnya pada bulan ini.. Tiba2 iman setiap orang memacu tinggi… Pada bulan inilah solat maghrib akan start berjemaah… disambung dgn tadarus al quran. Community di galway ni unik. Setiap rumah akn diberi julat bacaan tertentu dlm alquran ( ie -al baqarah - half surah al imran) dan kemudian pada malam akhir ramadhan, akan ada majlis khatam quran beramai2 serta takbir raya.. ( indah nye saat itu…) Setelah tadarus di teruskan dgn solat isya’ dan seterusnya solat terawih…
Satu lagi kenangan indah di galway, ialah pabila ramai2 bergerak ke rumah yg tertentu atau community hall utk solat terawih dgn telekung2 putih mereka, maka terlihatlah berbondong2 kelibat putih dari kejauhan..huhu… Dilihat irish, pelik mereka.. Siapakah gadis2 kelubung putih ni? Berjalan beramai2 di kegelapan malam…huhuhu.. Silap haribulan, ade pulak yg lari ketakutan dok ingatkan jembalang manelah pulak… (tp so far x de pula org2 putih tu lari ketakutan… Hehee maybe mereka x tgk pun cerita2 hantu2, mistik, mengarut cam yang berlambak2 kat mesia sekarang nih… Huhu)
Begitulah setiap tahun… Ramadhan tidak pernah sunyi dari limpahan rahmatnya terhadap setiap insan, tidak kira dimanapun kita berada..
Eki 2
Kini aku ditakdirkan Allah di satu kawasan yang asing bagiku. Di bumi Allah, Di bumi matahari terbit. Di sebuah daerah Tokai, Hadano-Shi, Kanagawa… suburban Bandar Yokohama. Setelah dua minggu mulanya ramadhan ternyata suasananya berbeza. Tiada kemeriahan community seperti mana di kemeriahan malam malam ramadhan di Galway. Tiada iftar beramai2, terawikh berjamaah dan moreh mahupun tadarus.. Tiada communiti muslim yang meng’imarah’kan nya…
Ya ALLAH! Apakah aku yang tidak menghidupkannya,.. atau aku telah ‘ditinggalkan’ dari merasainya ? …Nauzubillah… Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu…
Namun, suasananya tidak aku nafikan berbeza andai berada dibandar besar yang berdekatan dgn masjid. Pasti ada saja tempat utk beriftar, I’tikaf dan terawikh. Seperti di sebuah masjid Otsuka, Tokyo yang pernah ku kunjungi dua kali bersama zauji tersayang.
Bumi jepun yang majoriti masyarakatnya atheis, tiada pegangan hidup .. malah hidup mereka di pandu oleh hawa nafsu mereka sendiri… andai lepa, nescaya kita terbawa2 dek budaya hedonisme mereka
Komuniti muslim di Tokai tidak seramai di Galway. Ratanya pelajar Tokai daigaku ( Tokai University) dan kebanyakannya adalah pelajar lelaki. Mungkin dalam ~ 20-30 orang … (tidak ramai??? ) dan pelajar perempuan dalam 4-5 orang. Belum sempat ku temui mereka kecuali seorang. Alhamdulillah, akhirnya ketemui juga seorang sister yang sefahaman dengan ku. Thank you Allah, for your blessings, memberiku erti nikmat manisnya ukhwah fillah…
Kini aku tidak lagi merasakan sunyinya Ramadhan kali ini. Malah Allah telah mengizinkan aku berada di kalangan orang2 Allah wajibkan kecintaanNya terhadap mereka saat aku berpeluang menghadiri Semarak Ramadhan di Asakusa Mosque, Tokyo.
Di sana aku mengenali lebih ramai sisters yang dari seluruh pelosok Tokyo,malah ada yang dari jauh, sejauh Yamanashi dan Gifu. Mereka hadir semata-mata mengimarahkan ramadhan ini dengan iftar jamaie, tahfiz-ton ( hafazan surah), tarawikh dan qiam.. subhanaAllah.. buat mereka, ketahuilah ,sesungguhnya Allah mewajibkan kecintaanNya atas kalian
Dari Abu Idris al Khawlani rahimalllah, katanya: Saya memasuki masjid Damsyik, tiba2 disitu ada seorg pemuda yg bercahaya giginya dan sekalian manusia bersertanya. Jikalau org2 itu berselisih mengnenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persolan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya. Kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan : ‘Ini adalah Muadz bin Jabal’. Setelah hari esoknya, saya datang pagi pagi sekali, lalu saya mendapati Muadz sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan salatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah depannya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata : ‘ Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah’. Ia berkata : ‘kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘Ya kerana Allah’. Ia berkata : ‘Kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘ Ya, kerana Allah’. Muadz lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata : ‘ Bergembiralah kamu, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah pernah bersabda: ‘ Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam hadis Qudsi : ‘Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk – duduk bersama kerana Aku, saling ziarah – menziarahi kerana Aku dan saling hadiah – menghadiahi kerana Aku’
- Hadis sahih oleh Imam Malik dalal Al Muwattho’ dgn isnadnya yang sahih-
Berada di masjid Asakusa, Tokyo bersama mereka, meyakinkan lagi diriku, yang aku tidak keseorangan di bumi asing ini. Masih ada lagi manusia manusia yang Allah limpahkan rahmat ramadhanNya kepada mereka. Masih ada lagi manusia manusia yang meng’imarah’kan ramadhanNya dengan tadarus, tilawah, hafazan, I’tikaf & qiamulail. Thank you Allah, kerana meletakkan aku dalam kalangan mereka.. sesungguhnya, tiada yang lebih aku harapkan dari Mu, melainkan keredhaan & kecintaanMu pada hambaMu yang hina ini…
-ummuzaid-
jalan kita sama (2.3 densya hidupku) September 23, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.2 comments

Bismillahi rahmani rahim.
Saya amat tertarik dengan tulisan jepun yang dipaparkan tu. ‘hito’ = orang, manusia. Ia mempunyai dua baris tulisan yang mengertikan kepada saya, manusia itu tidak mampu untuk hidup seorang.
Daripada sunnah Rasulullahi sallaAllahu’alaihi wassalam, seletelah kematian khadijah pada bulan Ramadhan, beliau menikahi isteri ke-2 (Saudah binti Zam’ah) pada bulan Syawwal. Begitulah beliau yang menuturkan mutiara “perkahwinan adalah sunnahku” sallaAllahu’alaihi wassalam.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya baru sahaja dikurniakan Tuhan sekalian alam seorang daripada makhlukNya yang perempuan untuk menjadi zaujah (pasangan) saya.
Mengapa manusia perlu berkahwin?? Ok, there is no big deal.
Saya akan mengulas satu per satu (insyaAllah)
Muqaddimah 1. seorang yahudi pada zaman awal islam menyatakan, saya amat mencemburui kamu (umat islam). Kerana nabi kamu mengajarkan kamu setiap sudut dari kehidupan kamu daripada sekecil-kecil benda sehinggalah kepada sebesar-besar benda. [Nabi telah mengajarkan kepada kita dari cara menyucikan hadas, cara masuk ke tandas, cara makan, cara itu dan cara ini, sehinggalah Islam itu amat sempurna dan indah dipandang, bukan sahaja oleh umat islam (perhatikan ‘i’ tu huruf kecil), malah juga dari orang kafir]
Muqaddimah 2. Nabi telah berkata “perkahwinan itu melengkapkan separuh daripada deen (agama) kamu”.. bermakna.. ha pikirlah sendiri nyek.
Muqaddimah 3. salah seorang dari sahabat karib saya mengingatkan saya sesuatu. Ketika beliau membaca surah al-mukminun.. ketika itu, tersedarlah beliau, kalau tak kahwin tak lengkaplah sebagai mukmin nyek?? Tanya beliau kepada saya.. waAllahua’alam. Bagaimanapun, ada sahaja daripada ulama’ kita yang tidak berkahwin sehingga ke hujung hayatnya. Namun saya pasti ia bukanlah kerana sesuatu sebab, mungkin kerana sesuatu halangan.
Apa yang memotivasi atau menghalang anda untuk berkahwin??
Saya tidak pasti apakah yang memotivasikan manusia untuk berkahwin (selain daripada fitrah manusia yang suci itu sendiri perlu kepada perkahwinan dan selain daripada memenuhi deen nya.)
Tetapi apa yang menghalang anda untuk berkahwin..?
Harta?
Wahai saudara-saudara ku, sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah an-Nur 24:32 .. kahwinlah .. jika kamu miskin Allah akan kayakan kamu, sesungguhnya Allah itu waasi’ (maha luas kurniaNya) dan maha mengetahui.
Here is the very beautiful ending tuan-tuan, Allah menyatakan Allah itu maha mengetahui. So you.. (we) don’t know, we don’t know. cuma perlu lakukan apa yang Allah suruh and Allah will guarantee you.. (us). Kerana Allah juga waasi’(maha luas pemberianNya.)
Tak bersedia atau tak cukup ilmu??
Tuan-tuan yang memikirkan perkara ini, saya salute dengan tabik springgg.. tetapi hanya saja kalau setiap saat dalam kehidupan tuan-tuan itu dipenuhi dengan aktiviti menuntut ilmu untuk mempersediakan diri tuan-tuan. Kalau tidak, saya tarik balik lah tabik tadi tu.
Masalah tidak bersedia dari segi ilmu bukanlah satu halangan yang besar, unless you (means we) expect satu family yang sangat sangat hebat, ilmiyah, dsb. Kerana datangkan kepada saya satu hadith atau ayat quran yang menyatakan kalau tidak cukup ilmu tak boleh kawin .. (hehe .. pandai nye saya bercakap.)
Namun, buatlah persediaan.. semampunya.. Cuma engkau tidak akan menemui suatu masa yang engkau benar-benar bersedia..
manusia itu sangat dhoif. Kerana kelemahan itulah ia ditampung oleh orang lain.. seperti dalam tulisan kanji yang saya paparkan di atas.
Jangan lupa saudara-saudara ku, keluarga merupakan satu unit dalam masyarakat. Ingin membina sebuah masyarakat juga bermakna engkau bertanggungjawab untuk membina sebuah keluarga yang utuh, islamik dan diredhoi Allah.
Ya Allah rabbul ‘alamin, guide us. Ya Allah protect me and my family. Allahumma salli’ala Muhammad.
2.2 jalan kita sama (falsafah masa) July 11, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
Beberapa orang saya temui bercakap mengenai kumpulan-kumpulan dakwah. jemaah, adus sensitifnye. hehe. Takpe-takpe, saya tidak akan menyentuh hal ini insyaAllah. insyaAllah j a l a n k i t a s a m a. jalan kita sama
Cumenye apa yang menarik perhatian saya adalah pada khutbah jumaat yang saya dengar hari ini di tempat saya.
Kahtib membacakan surah al-Asr … tuan-tuan pastinya banyak kali mendengarkanNya. Katanya, kenapa every human being is in a state of losing?? Apa benda yang ade pada kita, yang dengan berlalunya masa, (As Allah swear by the time) kita kehilangannya sedikit demi sedikit. Secupak demi secupak, sebutir demi sebutir .. ia bukannya beras. dan bukannya harta emas dsb. Tetapi adalah m a s a yang kita punyai … khatib mengajak kami memikirkan masa, dengan bukannya secara kehadapan (ape bende pulak nih??). i.e. dengan memikirkan masa kita dari bayi – kanak-kanak, sekarang sudah dewasa dan insyaAllah kita akan kawen, akan berkeluarga- akan jadi kaya (who knows) -akan tua dan akan mati. Ini adalah pemikiran kedepan. Pemikiran kedepan ini sedikit sebanyak menjadikan kita berfikiran yang kita mempunyai masa, yakni kita mempunyai masa di hadapan kita … so, bolehlah nak buat ape2 nanti. Cthnya sekarang ni sibuk lagi (studi, main game, etc..) so sebab kita punya masa nanti, amal-amal soleh bolehlah dilakukan nanti insyaAllah.
Tetapi yang menariknya khatib mengajak kami memikirkan masa secara kebelakang.. (macam mana nyek??). Bayangkan kita cume ade 60 tahun di atas dunia ini.. so tuan-tuan dah gune bepara tahun? 23? 24? 25? Ok that’s fine .. kalau 20 tahun pon dah gune, takpe, so lagi tinggal 40 tahun lagi. Baki 40 tahun ni jelah tinggal untuk tuan-tuan buat sesuatu untuk beli syurga.. kalau tak cukup dalam masa 40 tahun ni ..masyaAllah habislah kita. Cukup ke? Cukup tak cukup tu belakang cerita, yang penting if you don’t go for the 4 articles stated in the surah (al-Asr), y o u a r e n o w, r i g h t n o w l o s i n g s o m e t h i n g …
Kadang-kadang something yang kita hilang, you can find it again later on. But the bad thing is .. if you lost your time, your never find it back. It will be the furthest thing for you to reach.
Jadinya, Allah yang maha pemurah ni ajar manusia empat perkara so we tak berada in the state of losing something like everyone else.
1 iman, 2 amal soleh .. saya tak sentuh kot pasal dua perkara ni, insyaAllah semua orang tahu.
3 advice each other with a l – h a q, 4, advice each other with a s – s o b r.
Saya sering terfikir-fikir, kenapa al-haq dan as-sobr?? Kenapa tak husnuzzon (bersangka baik) ke, zikrul maut, sedaqah ke, menuntut ilmu ke, dsb?
Khatib sambung lagi..
Al-haq is not only the truth, (ha??!) it includes the truth (oOoOoO . .). but it is not only the truth. Al-haq is the o r i g i n a l, the original path that Allah subhanahu wa ta’ala put on for human being. Human being always deviates from the original path and we have to advice each other to come back to the original path, the original purpose. The original, the o r i g i n a l …
And As-sobr ..to have advice each other for as-sobr is important because to Allah had ordain everything.. everything had already being written by Allah (your rizq, the next generations, etc, etc, aaaaalllll thing), so kita hanya perlu melaluinya dengan sabar. Dengan sabar dan syukur (the original way).
Allah knows best.
2.1 j a l a n k i t a s a m a July 2, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.add a comment
Ingat tak??
Borak-borak kedai kopi,
Luahan perasaan sesama k i t a,
Cerita-cerita k i t a,
Coretan-coretan,
Forum seposen dua, inilah yang akan membentuk satu pendirian yang kuat di dalam diri . . .
Pendirian ini akan bergelojak sehingga menzahirkan aura yang dengannya bertemulah seorang demi seorang yang seumpamanya.
Sehinggalah nanti mereka membentuk ikatan demi ikatan demi ikatan
Dan hari demi hari berlalu tanpa mereka sedari . . .
Hati mereka telah bersatu
Sehinggalah apabila kita telah sedar, kita telah disatukan Allah dari seluruh sudut dunia.




