jump to navigation

1.2 Pendahuluan (bahasa dan cinta) July 7, 2008

Posted by abuabubakr in 1. p e n g e n a l a n.
add a comment

Bahasa merupakan satu tools yang tersangat mantap dan tidak sepatutnya di ambil enteng. Kita perlu mengakui setiap bahasa tidak sama. Bahasa-bahasa di dunia mempunyai kelas-kelasnya yang tersendiri. Tidak semua bahasa itu sama. Tidak semua bahasa boleh menerangkan sesetengah perkataan yang ada dalam bahasa lain. Hanya sahaja kalau perbuatan/ benda/ tingkah laku itu hidup dalam masyarakatnya, barulah ia boleh menjelaskannya dengan tepat dalam bahasanya sendiri.

Saya bawakan kehadapan anda beberapa contoh. Bahasa inggeris tidak mampu menerangkan perkataan ‘jentek’(ye ke?) kemungkinan yang paling hamper adalah ‘flip’. Manakala bahasa kita kurang mampu menterjemahkan perkataan ‘loyal’ atau perkataan ‘bimyou’ (bahasa jepun). Ini kerana ketiga-tiga perkataan lahir daripada suasana masyarakat yang berbeza latar belakang, perangai, kecenderongan, sifat dan budaya.

Dengan menyedari hakikat ini, kita dapat mendalami prilaku atau budaya sesuatu masyarakat dengan melihat kepada bahasanya. Sebagai contoh; masyarakat jepun mempunyai banyak perkataan untuk menerangkan ‘nasi’ … raisu, o-kome, dan gohan. Masyarakat barat cuma ada satu, ‘rice’. Tetapi mereka ada banyak perkataan untuk menerangkan ‘gandum’ … flour, wheat, serial, dan sebagainya. Membayangkan dekatnya kehidupan dan amalan masyarakat mereka (masing-masing) dengan perkataan ‘nasi’ bagi orang Jepun dan perkataan ‘gandum’ bagi masyarakat barat. Sehingga mereka kalau ingin mengatakan itu, perlu menggunakan perkataan yang specific, supaya tepat maksudnya dalam perbualan mereka. Malah, orang ‘arab mempunyai tujuh nama yang berbeza untuk ‘unta’, orang jepun mempunyai pelbagai cara/frasa untuk ‘meminta maaf’, dan orang perancis, sepanyol, afrika, croatia, monggol mempunyai macam-macam cara untuk mendescribe apa-apelah (saya pun kurang arif jugak), yang membayangkan kepada kita fenomena yang sama.

Menunjukkan dalamnya kesan, dan menusuknya ke dalam hati, jika bahasa yang sesuai digunakan. Dan keringnya sesuatu ayat jika cuma ditranslatekan dengan simple translation tanpa mengira emosi dan perasaan yang wujud dalam ayat yang asal.

Saya sangat ingin menggunakan bahasa melayu sepenuhnya sebagai perantaraan dalam luahan-luahan perasaan di sini. Hanya saja kerana banyak daripada perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang kalaupun sesuai disebutkan (atau dituliskan) dalam bahasa kita, yang jika ditulis, (saya rasakan) akan diambil enteng maksudnya oleh para pembaca, saya tuliskan dengan menggunakan bahasa inggeris (tapi ini sekadar pendapat 2-yen peribadi saya je). Atau yang saya dapati dari perkataan asalnya dalam bahasa inggeris, saya tuliskan dengan menggunakan bahasa penjajah ini. Bahasa penjajah, ya! walaupun ia bahasa penjajah, tetapi bahasa itulah yang menjadi bahasa tamadun saat ini. Kerana ketamadunan mereka, kerana mereka menjadi u s t a z i a t u l ‘a l a m (mahaguru kepada alam) saat inilah bahasa mereka lebih sedap didengar, lebih common untuk diluahkan, dan pada sesetengah tempat saya rasakan lebih tepat untuk digunakan. waAllahua’alam.

Walau bagaimanapun, saya secara peribadi lebih menyukai bahasa ‘arab. Bahasa al-Quran. Sesetengah orang berpendapat kita perlu/mesti/wajib menyukainya kerana ia adalah bahasa al-Quran. Tetapi bukan itu alasannya. Bukan sahaja kerana ia merupakan bahasa al-Quran yang amat dicintai kerana al-Quran itu sendiri, tetapi juga kerana keluasan vocabulary nya yang lebih mampu menerangkan pelbagai perkataan dengan tepat dan lebih masuk ke dalam hati bila didengari, nadanya lebih terkesan, dan gaya bahasanya paling flexible. Hanya saja saya tidak menguasainya (insyaAllah mungkin lebih sesuai untuk mukmin berbahasa selain ‘arab menyatakan ‘masih belum lagi dapat menguasainya’) dan terdapat banyak halangan-halangan lain, jadi tidaklah digunakan di sini.

Tuan-tuan sekalian, janganlah kiranya terasa asing jika ada kalimah ‘arab yang tidak difahami. Kerana yang bercakap/menulis ini pun tidaklah pandai sangat. Cuma mengetahui satu dua sahaja perkataan ‘arab yang mungkin itulah yang diulang-ulanginya. Dan janganlah disalah ertikan dengan kata-kata ‘bahasa jiwa bangsa’ dan berprasangka orang yang mengguna bahasa selain bahasa Malaysia tidak mencintai bangsa Malaysia. Cinta yang sebenar hanya wujud pada mencintainya kerana Tuhan sekalian alam, kerana itulah tempat tuju segala kehidupan. Bukannya cinta yang wujud membabi buta, tidaklah pula kerana alasan tempat kelahiran, warna kulit dan sebab-sebab jasadi yang lainnya.

Cinta yang wujud kerana Tuhan sang pencipta adalah cinta yang kekal dan tiada penghabisannya, kuat dan tiada datang menjenguk lemahnya, cinta yang penuh melimpah ruah kasih sayangnya tanpa boleh dikurangi, cinta yang mulia dan agong perjuangannya kerana itulah matlamat kehidupan yang lebih besar, lebih sebenar, atau lebih original. Amat beruntunglah orang yang dipilih Tuhannya untuk b e r j a l a n d i l a n d a s a n ini. Sedangkan cinta yang wujud atas sebab jasadi adalah kecil nilainya, dan sangat sempit skopnya tiada akan pergi jauh perjuangan dan pengorbanannya. Dan tersangatlah merugilah orang yang memilih untuk berjalan di atas landasan itu.

1.1 Pendahuluan July 3, 2008

Posted by abuabubakr in 1. p e n g e n a l a n.
3 comments

Saya tuliskan satu perkongsian buat teman-teman, keluarga umat islam. Sesuatu telah bergelojak di dada saya, telah terasa di bahu akan pikulan ini, sehingga saya tidak dapat menahan lagi, tidak dapat lagi menyembunyikannya, dan saya muntahkan dalam bentuk tulisan, yang dhoif, penuh kedhoifan manusiawi, moga-moga mudah difahami. Moga-moga menjadi sesuatu sebab keredhoan Tuhan saya, Tuhan seluruh alam.

Tulisan-tulisan dan perkongsian-perkongsian yang tumbuh macam cendawan di wordpress seperti oretachino2yen, idletalk, dan seumpamanya telah menjadi sumber inspirasi bagi saya untuk juga menyertai caravan mereka. Moga-moga Allah redho atas usaha kita yang amat sedikit ini.

Segala yang baik itu tentu sahaja dari Allah. Apa sahaja manfaat yang anda ambil daripada tulisan-tulisan dhoif ini adalah dengan izinNya. Moga-moga Allah pilih kita jadi tenteraNya. Moga-moga Allah pilih kita untuk mati dalam keadaan berserah diri padaNya. Moga-moga … Allah honor kita dengan mengizinkan kita berkerja di jalanNya sehingga ke penghujung hayat kita. Ya Allah guide us, peganglah tangan kami sehingga sampai kepada keredhoanMu. Peganglah tangan kami, sehingga tiada satu pun yang tergelincir dan yang tercicir.

Saya cuma secebis mata rantai yang ingin menyambung pesan. Pesan-pesan dari guru, yang disampai kan dari guru, yang disampaikan dari guru, sehinggalah mata rantai itu sampai tiba kepada at-tabi’iin(pengikut para sahabat) yang disampaikan kepada mereka dari sahabat-sahabat Nabi, yang disampaikan kepada mereka dari Nabi Muhammad yang bercakap hanya wahyu yang disampaikan kepadanya dari Jibril yang menyampaikan kalimat-kalimat daripada Tuhan yang maha Agong. sesuatu yang berat dan sangat original, tetapi saya risau keaslian mesej ini bercampur dengan sesuatu yang lemah daripada diri saya. Ya Allah berikanlah kekuatan. Ya Allah tenangkanlah dada saya, dan mudahkanlah urusan saya, dan lancarkanlah lidah saya, agar dapat difahami kata-kata ini.

Saya bukanlah lebih baik daripada saudara-saudara.

Saya seorang yang hamba yang shoboi. Ya Allah kasihani kami. Ya Allah, saya amat memerlukan apa-apa sahaja dari kebaikan yang Tuanku turunkan kepada saya (whatever good You send down to me is Your favor).

WaAllahua’alam