jump to navigation

2.8 Jalan kita sama (Amal muntij) September 24, 2009

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.
add a comment

Memikirkan amal muntij, saya tertanya-tanya diri sendiri, mengapa perlu ada amal yang dikelaskan dalam amal ‘kelas muntij’? seolah-olah amal itu ada taraf-tarafnya. Bagi saya amal itu satu. Amal. Cukup.

Amal itu satu, satu sahaja, semuanya satu kelas. Semuanya kerana Allah! Maka dengan itu tiada kelas amal yang lain. Muntij dan tidak muntij, sohih atau dhoif. Semuanya satu. Bagaimana?

Maka kalau amal itu kerana Allah, dan aamil (orang yang beramal) itu faham apa erti ‘saya beramal kerana Allah’, maka amal itu satu. Amal itu kerana Allah. Tiada muntij dan tidak, tiada dhoif dan sohih, tiada hasanah dan dholalah! Tapi kalau tidak faham?

Soalnya kalau tidak mengerti… apa erti “saya beramal kerana Allah”. Maka ketika itu pemahaman amal sudah berubah. Jadi mungkin, perlu difahamkan si aamil itu dengan berperingkat. Pertama. apa amal dholalah dan apa amal hasanah?

Ya, yang hasanah itu mendapat pahala menuju ke syurga, menempah redho Allah!. Yang dholalah itu mendapat dosa, menuju neraka mengundang murka. Kan mudah? Setelah itu apa?

OoOoo.. setelah itu .. kalau amal itu semuanya sudah hasanah, di dalamnya mungkin, terkandung yang sohih (betul caranya, dan mengikut prioritas) dan mungkin juga terkandung yang dhoif (lari prioritasnya). Lalu apa bezanya? Kedua-duanya sama sahaja. Kedua-duanya mendapat pahala menuju ke syurga, menempah redho Allah. insyaAllah. Lalu bezanya di mana? Bezanya cuma yang dhoif itu mendapat pahala sedikit, statik atau sekali sahaja, atau satu unit sahaja dari saham-saham di akhirat nanti. Sedangkan yang sohih itu mendapat pahala yang berganda-ganda, gandaannya jauh lebih besar daripada amalnya. Barokahnya berterusan, pahalanya mengalir macam sungai. Tak henti-henti, namanya agong di akhirat nanti. Sahamnya naik tidak kunjung turun. Mau kah? Kalau mau, ngertikan dulu mana yang sohih dan mana yang dhoif. Udah, jangan kau habiskan masa untuk yang dhoif, terus sahaja habiskan tenagamu untuk yang sohih. Namun, amal yang dhoif itu jauuuuuuh lebih, baiknya dari tidak beramal!. Iya iya.. aku ngerti, aku pilih yang sohih. Setelah itu habis?

Setelah itu tidak habis juga… amal yang sohih itu masih pelbagai. Wah, susah ya untuk beramal?. Tidak juga. Kalau kau merasa susah. Cukup!. Kau berhenti setakat ini sahaja. Paling kurang, engkau beramal dan amalmu sohih-sohih semua. Tapi, kalau kau mau, ada lagi yang lebih hebat. Mendapat pahala amal sohih tadi di akhirat, yang tak kunjung-kunjung habis hebatnya, dan juga mendapat pahala di dunia. Pahala dunia?

Pahala dunia itu adalah kemenangan dan keberhasilan. Ya, udahlah. Aku tidak mau berbahas mengenai ini. kerana menang atau kalah, berhasil atau tidak, itu ditentukan Allah. Ya benar. Tapi kalau kau mau, aku tunjukkan satu lagi amal… yang dengannya kau tidak terkalahkan. Ya, itulah amal yang muntij. Amal yang muntij itu, seperti hijrahnya Nabi S.A.W. Datangnya setelah amal yang hasanah, setelah amal yang sohih. Hijrahnya Nabi S.A.W. itu sudah tentunya hasanah, kerana perintah Allah. Sudah tentunya sohih, kerana mengikut prioritas (dari segi masa dan sebagainya). Namun akhirnya untuk sebuah perjalanan yang agong itu, Nabi S.A.W. menyusun strategi, dengan pelbagai bentuk strategi. Dari awal hingga ke akhir. Sehingga Allah mengizinkan hasilnya, dengan kehendak-Nya. Nah, amal hasanah, yang sohih dan berstrategi, atau yang sohih dan bijaksana/berhikmah itulah yang disebut muntij. Dan itulah amal yang sempurna, cukup ihsannya kerana Allah S.W.T.

 

waAllahua’alam

2.7 Jalan kita sama (aku baru terjaga ..) September 6, 2009

Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.
add a comment

matrixKata-kata manusia itu ibarat patung yang tidak benyawa, apabila dia mati kerananya, barulah ketika itu kata-katanya akan mula hidup dan menjalar merata.” Begitulah kira-kira, kata-kata seorang syuhada agong abad ke-20, sehingga tidak mengharuskan saya untuk menyebut namanya. Begitu jualah manusia, manusia itu ibarat sesuatu yang mati.

Benar, memang benar. Persis seperti yang anda lihat di filem-filem matrix, manusia yang hidup di abad ini sebernarnya adalah ibarat patung-patung yang mati. Gerak-geri dan kerjanya sudah terprogram dan ia selesa dengan itu. Selesa kerana dengan program yang diprogramkan itu ia dapat, paling tidak melepaskan dirinya dari permasalahan. Buat apa bersusah-payah, berpenat-lelah dan bermati-mati untuk mengubah sistem yang sedia ada. Terima sajalah seadanya, inilah yang telah ditakdirkan untukku.

Tidak, sekali-kali tidak. Aku ingin menjadi manusia yang hidup, bukan mati. Seperti ada kata-kata inggeris yang pernahku dengarkan, “everyman dies, but not everyman really live”. Kadang-kadang aku menyesali keadaan ini, namun aku tidak mampu mengubahnya. Kalaupun aku ingin mengubahnya aku terpaksa menempuh liku-liku yang amat sukar. Nanti!. Sudah!, sebelum aku pergi lebih jauh, aku ingin mengundur diri. Jangan nanti terjerumus pula aku ke lembah perjuangan ini. jangan kau libatkan aku, perjuanganmu sangat panjang, melebihi usiaku, biarlah aku hidup dalam matrix ini. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, gajiku RM3000. Cukuplah, cukuplah. Biarkan aku dalam matrix ini.

Perjuangan yang kau katakan ini memang terpuji, memang mulia, memang agong. Aku akui… tapi aku … aku ingin hidup untuk diriku, aku ingin melepaskan diriku. Sudah, jangan kau libatkan aku. Aku rela berkubur di alam matrix ini. Biarlah, baik kapitalis mahu apapun, semua yang telah ditakdirkan untukku, aku terima saja. Paling tidak, aku dapat melepaskan diriku, aku punya gaji RM3000…

 

 

Duhai “aku”… pernahkan engkau bermimpi? Dalam suatu mimpi yang indah, kau bermain, bersuka, atau makan kegemaranmu? Seakan-akan ia sangat benar, seakan-akan kau betul-betul hidup di dalam mimpimu itu. Lalu apa terjadi ketika jagamu? Semuanya itu lenyap dalam sekelip mata, kau cuba juga menggapai apa yang termampu, tapi gapaianmu itu lenyap sesaat saja. Lalu musnah semua mimpi-mimpi indahmu. Kau terjaga dan kau sedari kau tidak punya apa sebanarnya. Itulah ibaratnya hakikat hidup ini. Kau terasa indah, sangat selesa dengan kedudukanmu. Dengan gajimu yang sudah cecah RM3000. Kerana paling tidak, kau dapat melepaskan dirimu. Dapat hidup untuk dirimu. Lalu apa terjadi ketika ajal datang menjemputmu? Semuanya itu lenyap sebentar sahaja. Barulah ketika itu kau sedar, rupanya kau tidak punya apa. Itulah hakikatnya kehidupan.

Duhai “aku”, kau lihat para pejuang yang bersusah-payah, berpenat-lelah, dan bermati-mati itu, mereka tak punya apa. Mereka tak punya gaji RM3000. Mereka tak punya hidup sepertimu. Mereka tak punya “hidup untuk diriku”. Kerana mereka punya “hidup untuk orang lain”. Segala yang mereka usahakan, tidak ada yang untuk diri mereka. Sehingga ajal datang menjemput mereka. Lalu mereka punya segala-gala, punya gaji bukan cuma RM3000. Mereka ada segala selesa, dan mereka kini dapat melepaskan diri mereka, untuk kehidupan yang selama-lama. itulah mimpi indah mereka. Ketika itu duhai “aku”, kau lihat mereka tidak lagi bersusah-susah, berpenat-lelah dan bermati-mati. Mereka bersuka-suka, bermain-main bersama-sama pasangan mereka, dan makan kegemaran mereka. Bukan cuma untuk satu ketika, tetapi untuk selama-lamanya. Nah, itulah harganya, untuk satu kenikmatan yang selama-lamanya. Itulah harganya. Sebuah pengorbanan, harga sebuah hidup yang bukan untuk diri mereka. Bukan untuk melepaskan diri mereka dan berkubur di alam matrix ini. tapi hidup mereka, “hidup untuk orang lain”. Mereka berkorban untuk orang lain. Supaya orang lain dapat menerima panggilan islam. Kerana itulah tugas kita. (2 : 30, 51 : 56. Sedutan dari filem ISK.)