jalan kita sama (2.3 densya hidupku) September 23, 2008
Posted by abuabubakr in 2. j a l a n k i t a s a m a.trackback

Bismillahi rahmani rahim.
Saya amat tertarik dengan tulisan jepun yang dipaparkan tu. ‘hito’ = orang, manusia. Ia mempunyai dua baris tulisan yang mengertikan kepada saya, manusia itu tidak mampu untuk hidup seorang.
Daripada sunnah Rasulullahi sallaAllahu’alaihi wassalam, seletelah kematian khadijah pada bulan Ramadhan, beliau menikahi isteri ke-2 (Saudah binti Zam’ah) pada bulan Syawwal. Begitulah beliau yang menuturkan mutiara “perkahwinan adalah sunnahku” sallaAllahu’alaihi wassalam.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya baru sahaja dikurniakan Tuhan sekalian alam seorang daripada makhlukNya yang perempuan untuk menjadi zaujah (pasangan) saya.
Mengapa manusia perlu berkahwin?? Ok, there is no big deal.
Saya akan mengulas satu per satu (insyaAllah)
Muqaddimah 1. seorang yahudi pada zaman awal islam menyatakan, saya amat mencemburui kamu (umat islam). Kerana nabi kamu mengajarkan kamu setiap sudut dari kehidupan kamu daripada sekecil-kecil benda sehinggalah kepada sebesar-besar benda. [Nabi telah mengajarkan kepada kita dari cara menyucikan hadas, cara masuk ke tandas, cara makan, cara itu dan cara ini, sehinggalah Islam itu amat sempurna dan indah dipandang, bukan sahaja oleh umat islam (perhatikan ‘i’ tu huruf kecil), malah juga dari orang kafir]
Muqaddimah 2. Nabi telah berkata “perkahwinan itu melengkapkan separuh daripada deen (agama) kamu”.. bermakna.. ha pikirlah sendiri nyek.
Muqaddimah 3. salah seorang dari sahabat karib saya mengingatkan saya sesuatu. Ketika beliau membaca surah al-mukminun.. ketika itu, tersedarlah beliau, kalau tak kahwin tak lengkaplah sebagai mukmin nyek?? Tanya beliau kepada saya.. waAllahua’alam. Bagaimanapun, ada sahaja daripada ulama’ kita yang tidak berkahwin sehingga ke hujung hayatnya. Namun saya pasti ia bukanlah kerana sesuatu sebab, mungkin kerana sesuatu halangan.
Apa yang memotivasi atau menghalang anda untuk berkahwin??
Saya tidak pasti apakah yang memotivasikan manusia untuk berkahwin (selain daripada fitrah manusia yang suci itu sendiri perlu kepada perkahwinan dan selain daripada memenuhi deen nya.)
Tetapi apa yang menghalang anda untuk berkahwin..?
Harta?
Wahai saudara-saudara ku, sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah an-Nur 24:32 .. kahwinlah .. jika kamu miskin Allah akan kayakan kamu, sesungguhnya Allah itu waasi’ (maha luas kurniaNya) dan maha mengetahui.
Here is the very beautiful ending tuan-tuan, Allah menyatakan Allah itu maha mengetahui. So you.. (we) don’t know, we don’t know. cuma perlu lakukan apa yang Allah suruh and Allah will guarantee you.. (us). Kerana Allah juga waasi’(maha luas pemberianNya.)
Tak bersedia atau tak cukup ilmu??
Tuan-tuan yang memikirkan perkara ini, saya salute dengan tabik springgg.. tetapi hanya saja kalau setiap saat dalam kehidupan tuan-tuan itu dipenuhi dengan aktiviti menuntut ilmu untuk mempersediakan diri tuan-tuan. Kalau tidak, saya tarik balik lah tabik tadi tu.
Masalah tidak bersedia dari segi ilmu bukanlah satu halangan yang besar, unless you (means we) expect satu family yang sangat sangat hebat, ilmiyah, dsb. Kerana datangkan kepada saya satu hadith atau ayat quran yang menyatakan kalau tidak cukup ilmu tak boleh kawin .. (hehe .. pandai nye saya bercakap.)
Namun, buatlah persediaan.. semampunya.. Cuma engkau tidak akan menemui suatu masa yang engkau benar-benar bersedia..
manusia itu sangat dhoif. Kerana kelemahan itulah ia ditampung oleh orang lain.. seperti dalam tulisan kanji yang saya paparkan di atas.
Jangan lupa saudara-saudara ku, keluarga merupakan satu unit dalam masyarakat. Ingin membina sebuah masyarakat juga bermakna engkau bertanggungjawab untuk membina sebuah keluarga yang utuh, islamik dan diredhoi Allah.
Ya Allah rabbul ‘alamin, guide us. Ya Allah protect me and my family. Allahumma salli’ala Muhammad.
eh eh…bolot sorang ka? tanak kongsi kat oghetaci ka???
btui2.nie kene share kt oretachi ni..
mg tabah hati